Kenali manusia paling kaya di Malaysia

Business & Finance
30 Aug 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Kenali manusia paling kaya di Malaysia

Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels

Kejayaan dan kekayaan dimiliki oleh setiap manusia di dunia ini adalah sangat disegani dan disanjungi. Akan tetapi ia juga bergantung kepada individu tersebut tentang bagaimana mereka menggunakan kelebihan yang diberikan untuk perkara yang bermanfaat atau tidak. Majoriti manusia terkaya di sesebuah negara adalah mereka akan memanfaatkan rakyat negara mereka sendiri dengan membuka peluang pekerjaan yang besar dan membayar cukai kepada kerajaan yang akan digunakan kembali untuk pembangunan negara.

Mengikut laporan The Forbes, iaitu pusat rujukan kekayaan manusia yang paling terkenal dan tepat telah meletakkan Tan Sri Robert Kuok sebagai manusia paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM48 bilion. Laporan tersebut dikeluarkan pada Jun 2022. Nilai kekayaan beliau juga menjadikan beliau antara 50 orang terkaya di Asia. Kejayaan besar beliau telah menjadikan inspirasi kepada semua orang. Anak bongsu kepada tiga orang adik–beradik ini dilahirkan pada 6 Oktober 1923. Beliau digelar ‘Raja Gula Asia’ kerana syarikat beliau memonopoli pasaran gula di Malaysia dan beberapa negara Asia. Beliau juga mempunyai lapan orang anak hasil dari dua perkahwinan.

Beliau memulakan kerjaya dengan budak pejabat pada tahun 40-an dan memulakan perniagaan selepas itu. Selepas tamat pengajian, beliau pernah bekerja di syarikat Mitsubishi dari tahun 1942 hingga 1945. Menurut Daily Rakyat, syarikat pertama beliau diasaskan bersama dua saudara lelakinya adalah Kuok Brothers Sdn Bhd. Sejak 1961, beliau telah memulakan perniagaan gula bersama kerajaan Malaysia. Syarikat beliau berjaya memonopoli 80% pasaran gula di Malaysia dengan jenama CSR bersamaan 10% pasaran dunia.

Menurut iLabur, antara jenama yang dimiliki oleh beliau adalah CSR – gula, Seri Murni – minyak masak sawit, Cap Sauh – tepung gandum, Shangri-La – hotel, Massimo – roti, Golden Screen Cinema – panggung wayang dan pelbagai lagi. Pada tahun 1993, beliau bersara dari Kerry Group iaitu pemegang saham utama rangkaian hotel Shangri – La. Kini beliau menetap di Hong Kong bersama keluarga beliau. Dengan kejayaan, beliau telah membuka puluhan ribu peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan ekonomi negara Malaysia.


Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.