Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan

2 Oct 2022 • 7:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gelatin antara yang popular. Apa lagi nama lain mewakili babi?

Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan. Biasa di Malaysia kita kerap dengar gelatin adalah antara nama senarai bahan makanan yang diperbuat daripada kulit, tulang atau ligamen babi. Bahan ini sudah lama tular terutamanya di media sosial dimana salah satu yang paling popular adalah gelatin yang diperbuat daripada babi yang terdapat pada gula-gula susu arnab ini.

Namun, tidak semua makanan yang ada mengandungi babi menggunakan nama gelatin atau pork di dalam senarai bahan makanan terutamanya makanan yang diimport. Jadi, jom kita kenali pelbagai nama untuk mewakili babi.

image is not available
Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan. Sumber gambar: SENTIASAPANAS.COM

Nama biasa yang kita tahu

Antara nama lain yang biasa juga kita dengari untuk merujuk kepada babi adalah seperti pig, pork, swine, hog, boar, lard, bacin, ham, sow atau sow milk. Nama-nama ini mungkin sudah mudah untuk kita tahu bahawa ianya merujuk kepada babi.

image is not available
Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan. Sumber gambar: Nina Mirza

Namun, ada juga nama lain untuk babi yang boleh didapati pada makanan. Contohnya Bak yang merujuk kepada daging babi dalam bahasa Tionghua. Cu Nyuk pula daging babi dalam bahasa Hakka. Manakala Rou pula adalah sebutan dalam bahasa Mandarin.

Nama lain merujuk kepada babi

Untuk nama babi dalam bahasa Jepun pula ada beberapa istilah digunakan seperti Tonkatsu, Tonkotsu, Yakibuta dan Nibuta. Ini semua juga merupakan nama-nama hidangan yang menggunakan babi sebagai bahan masakan mereka.

Nuraniku pula umumnya adalah sebutan untuk daging babi dalam bahasa Jepun. Manakala di Korea, daging babi dikenali sebagai Dwaeji.

image is not available
Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan. Sumber gambar: Nina Mirza

Bukan itu sahaja, di daerah Batak dan Yogyakarta, Indonesia, mereka menamakan apa-apa makanan yang terhasil daripada daging babi sebagai salah satu bahannya hanya sebagai B2.

Charsiu, Mu, Chasu, Cu, Nyuk atau Yuk, Cu-Rou, Cha, Siu dan Baikwat adalah antara nama-nama yang lain yang juga merujuk dan mewakili nama babi.

image is not available
Kenali Pelbagai Nama Mewakili Babi Untuk Elak Kekeliruan Terutama Dalam Makanan. Sumber gambar: Nina Mirza

Lepas ini, kalau nak beli sesuatu terutamanya makanan dari dalam atau luar negara, rajin-rajin baca senarai kandungan bahan tau. Mana tahu, kan? Lebih-lebih untuk yang beragama Islam.

Boleh baca artikel yang menarik di bawah: