Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan

17 May 2024 • 1:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nafas baru ‘Original Sabahan’ oleh kumpulan gadis baharu Sabah

Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan. XIOKK Entertainment, sebuah syarikat rakaman dan agensi bakat baharu di Sabah memperkenalkan penyanyi berkumpulan gadis baharu iaitu SMDX atau disebut Sumandax.

SMDX terdiri daripada 3 orang gadis, iaitu Crystal Vanessa John (bekas pemenang Unduk Ngadau Labuan), Deveygrayc (bekas pemenang Unduk Ngadau Likas) dan Elle Thong (seorang penyanyi dan penari dari Sabah).

image is not available
Kenali SMDX, Girlgroup Baharu Sabah Yang Debut Dengan Rentak Segar Original Sabahan

Untuk lagu debut mereka, SMDX hadir dengan lagu saduran masyarakat Sabah iaitu ‘Original Sabahan’, sebuah lagu yang tidak asing bagi penduduk Sabah dan juga seluruh Malaysia.

Lagu tersebut yang dicipta oleh Hezron Rayner, diberikan susunan baharu. Versi saduran ini tampil lebih bernada rancak atau lebih up-beat oleh penerbit tempatan Sabah, Sa.tugram manakala bahagian rap ditulis oleh rapper tempatan, Yunnk-G.

SMDX adalah artis pertama di bawah naungan XIOKK Entertainment di Sabah. Walau bagaimanapun, XIOKK mempunyai impian besar untuk membangun dan mengukuhkan ekosistem muzik di Sabah.

XIOKK selalu syarikat naungan SMDX juga bertekad untuk mengeluarkan lebih banyak lagu dalam bahasa Sabah, Dusun dan juga Kadazan. Untuk makluman, XIOKK adalah anak syarikat XENO Entertainment, yang menempatkan artis popular Malaysia seperti Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Alyssa Dezek, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Selain Sabah, XENO juga telah berkembang maju dalam persada muzik Dayak di Sarawak dengan anak syarikat mereka, XIBO Entertainment yang baru-baru ini mengeluarkan ‘Bujang Sarawak‘ lagu Iban pertama yang layak ke Muzik-Muzik.

Bukan itu sahaja, difahamkan MV tersebut ditaja oleh Hotlink, sebuah penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Kenali juga KMJX, penyanyi berkumpulan terbaharu yang berasal dari Sarawak:

View Original Article