Kenali Suman Lemantak, Makanan Tradisional Unik Masyarakat Melayu Di Kabong

18 Dec 2023 • 8:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Santapan di waktu petang

Kenali Suman Lemantak, Makanan Tradisional Unik Masyarakat Melayu Di Kabong. Sarawak merupakan antara negeri yang cukup terkenal dengan makanan tradisional disebabkan oleh kepelbagaian kaum dan etnik di Sarawak membuatkan bumi kenyalang ini unik.

Bahkan, setiap kaum termasuk kaum Melayu mempunyai makanan tradisional masing-masing.

Kali ini, kita akan menyingkap satu hidangan yang unik dan juga makanan tradisional kaum Melayu di Sarawak iaitu Suman.

image is not available
Kenali Suman Lemantak, Makanan Tradisional Unik Masyarakat Melayu Di Kabong

Suman lemantak terkenal di sekitar Kabong

Suman merupakan makanan tradisional yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat di bahagian Betong terutamanya di daerah Spaoh, Pusa, Saratok, dan Kabong.

Suman dihasilkan menggunakan tepung lemantak dan kelapa parut yang dicampur dengan makanan laut seperti udang payak, sotong dan juga hati ikan parek.

image is not available
Proses membuat suman lemantak. Kredit foto: FB Menarik Di Saratok Kabong

Suman lemantak ini biasanya akan dibakar di bawah bara api selepas semua bahan diletakkan di dalam daun apong ataupun dibuat Pais kalau dalam bahasa tempatan.

Kebiasaannya, suman lemantak ini ada dijual di kawasan kampung oleh masyarakat setempat di sekitar jalan raya dengan harga yang berpatutan sekitar RM1.50 hingga RM2.00 setiap satu.

image is not available
Suman lemantak dijual di kawasan kampung. Kredit foto: FB Menarik Di Saratok Kabong

Hidangan ini cukup sesuai untuk dimakan sewaktu sarapan pagi dan juga minum petang.

Suman yang dihasilkan menggunakan Lemantak ini juga merupakan makanan ruji kaum Melanau di Sarawak.

Lagi makanan tradisional Sarawak yang unik dan menarik, baca di sini:

https://www.iloveborneo.my/mari-cuba-resipi-mi-belacan-sarawak-tanpa-guna-bawang-ini-pasti-belalak/

https://www.iloveborneo.my/adakah-tuak-boleh-jadi-setanding-soju-jika-dijual-secara-komersial/