Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu pemandangan yang jarang dilihat di dalam tren yang mana sekumpulan individu yang juga penumpang Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam telah memakai topeng muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menaiki tren.
View on Threads
Jelas seorang lelaki dikenali sebagai MrJ, itu merupakan inisiatifnya sendiri untuk mengumpul penyokong-penyokong Najib Razak bagi mengenang jasa beliau.
Untuk info, projek LRT3 dirangka di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah pentadbiran Najib pada tahun 2016.
‘Taktik Buat Orang Benci Barisan Nasional Ke?’ – Netizen
Hantaran video itu kemudiannya menjadi tanda tanya kepada orang ramai. Ada yang mempersoalkan perkara itu selain mendakwa ia seolah-olah taktik membuat orang ramai membenci parti Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, MrJ menafikan tuduhan tersebut selain berkata pemakaian topeng dalam tren LRT itu tidak ada mengena dengan BN.
“Saya yang buat, saya yang panggil semua dan mereka semua adalah penyokong Datuk Seri Najib. Apa yang saya buat untuk kenangkan jasa Najib di bumi Klang ini dengn wujudnya LRT3.
“Kalau awak cakap saya buat perkara ni untuk orang benci Barisan Nasional maaf jauh sangat tuduhan tu,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: LRT3 Laluan Shah Alam Akhirnya Mula Beroperasi! Ramai Penumpang Luah Rasa Teruja [Video]
Penyokong Doakan Najib Selamat Jalani Pembedahan, Berterima Kasih Kerana Rangka Projek LRT3
Dalam satu lagi hantaran video, kelihatan Mr J bersama kumpulannya sedang menuruni eskalator sambil memakai topeng muka Najib.
Mr J yang mendakwa mewakili penduduk di Klang, Selangor turut mendoakan bekas PM itu dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat menjalani pembedahan iaitu prosedur bagi membuang plak yang terdapat berhampiran saluran darah
“Saya dari zaman Najib. LRT Sri Andalas-Persiaran Datuk Menteri.
“Sempena mengenang jasa dan bakti Najib kerana beliau wujudnya LRT3 laluan Shah Alam. Terima kasih DSN. Semoga DSN sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT,” katanya di ruangan kapsyen.
Mereka juga sempat melaungkan ‘1 Malaysia!’ iaitu gagasan dan slogan politik diperkenalkan Najib terdahulu.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Tony Pua & Lim Guan Eng Pertahan Langkah Rasionalisasi LRT3 Selepas Ditegur Sultan Selangor, Dakwa Jimat RM9.72 Bilion
Baca Artikel Berkaitan: Sultan Selangor Syukur LRT3 Sudah Siap, Ucap Terima Kasih Pada Anwar Ibrahim & Najib Razak
‘Bersalah Atau Tak Biar Mahkamah Tentukan, Jasa Najib Tetap Dikenang’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang perkara itu. Ada yang berkata jasa beliau memang wajar dikenang masyarakat.
“Win korang. Beliau bersalah atau tidak, biar mahkamah tentukan. Allah itu Maha Adil, tapi jasa beliau tetap dikenang sampai bila-bila,” ujar seorang pengguna Threads.
‘Rangka Projek LRT Memang Tugas Kerajaan’ – Pengguna Threads
Bagaimanapun, ramai juga tidak bersetuju dengan tindakan warga Klang yang memakai topeng Najib dan menyifatkannya sebagai melampau.
“Dah kerja dia Perdana Menteri, memang la kena buat (rangka projek LRT). Tak kan LRT dibiarkan sama macam era Tun Dr Mahathir. Mesti diperluaskan sejajar kehendak ekonomi. Sama lah macam PMX pun (Datuk Seri Anwar Ibrahim), apa benda elok yang ditinggalkan kenalah laksanakan balik,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-730x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-2-698x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-3-713x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-4-943x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-5-753x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-6-908x1024.jpg)
![Image from: “Kenang Jasa Bekas PM Di Bumi Klang” – Penumpang LRT3 Pakai Topeng Muka Najib Jadi Tumpuan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/kenang-jasa-najib-lrt3-7-712x1024.jpg)




