Kenanga Research skeptikal prospek Affin Bank di Sarawak pemacu utama pertumbuhan jangka sederhana

Business & Finance
24 Jan 2024 • 11:22 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kenanga Research skeptikal prospek Affin Bank di Sarawak pemacu utama pertumbuhan jangka sederhana

diyana

24/01/2024 - 11:22

KUALA LUMPUR 24 Jan - Kenanga Research skeptikal prospek Affin Bank Bhd di Sarawak menjadi pemacu utama pertumbuhan untuk memenuhi sasaran jangka sederhana kumpulan.

Secara keseluruhan, firma penyelidikan itu berkata kumpulan perbankan itu mungkin menghadapi beberapa halangan berikutan kebimbangan makroekonomi pada separuh pertama tahun ini dengan harapan untuk pulih pada separuh kedua.

"Persekitaran kadar persekitaran yang meningkat berkemungkinan menyebabkan kumpulan itu menangguhkan strategi pertumbuhan gadai janjinya sehingga kadar lebih sesuai untuk pengguna.

"Selain itu, dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tertentu melihat kelembapan kualiti aset, disebabkan oleh keadaan makro yang tidak menguntungkan, Affin Bank mungkin perlu mengkaji semula kedudukannya di sini," katanya dalam nota penyelidikan hari ini selepas pertemuan dengan kumpulan tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini.

Firma itu menambah bahawa prospek pembiayaan yang lebih luas mungkin diperoleh daripada projek infrastruktur yang sedang berjalan, manakala permintaan untuk kereta (bernilai kurang daripada RM200,000) masih kelihatan kukuh.

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan perbankan itu mempunyai enam cawangan di Sarawak namun terdapat keperluan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kewangan, terutamanya di kawasan luar bandar

“Bagi menyokong tujuan ini, kumpulan tersebut sedang mengkaji untuk mengembangkan rangkaian cawangannya tetapi tanpa sebarang petunjuk pada garis masa buat masa ini.

“Ini juga boleh merangkumi penambahan mesin ATM dan CRM di seluruh negeri dengan pusat kewangan mudah alih ditubuhkan di lebih banyak kawasan luar bandar," tambahnya.

Berdasarkan laporan 3QFY23 bank itu, Kenanga Research berkata akaun berpangkalan di Sarawak merangkumi RM2.8 bilion atau 4% daripada jumlah pinjaman kumpulan, yang mana kehadiran Affin Bank yang lebih besar di negeri itu boleh mendorong bahagian bukunya di situ, walaupun tidak mungkin mengatasi portfolio KL (22%) atau Selangor (31%).

“Namun, kumpulan itu telah agresif dengan penerbitan produk pasaran modal hutang yang mungkin mendapat manfaat daripada penyertaan negeri [sebagai pemegang saham],” tambahnya

Kenanga Research menurunkan taraf saranan Affin Bank kepada ‘underperform’ daripada ‘market perform’ dengan harga sasaran (TP) kekal pada RM1.90 selepas harga sahamnya menyaksikan peningkatan minat berikutan kemasukan strategik Kerajaan Negeri Sarawak sebagai pemegang saham.

“Kami percaya ia boleh terlebih beli dengan perbincangan yang dinyatakan di atas yang menunjukkan bahawa faedah segera perlu lebih bermakna. Dengan pulangan atas ekuiti (ROE) di bawah paras industri, kami melihat ganjaran risiko terpencong secara tidak baik,” jelasnya.

Pada pukul 11:17 pagi ini, saham Affin Bank susut 1 sen atau 0.4% kepada RM2.37 dengan permodalan pasaran bernilai RM5.56 bilion. - DagangNews.com