Kenanga: Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023

Business & Finance
10 May 2023 • 1:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.

Ringgit juga dijangka meraih sokongan dan mengukuh dalam lingkungan 4.35 menjelang akhir suku kedua 2023 jika pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) membayangkan tidak lagi menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat akan datang pada Jun ini.

“Prospek ringgit berkemungkinan terus mengukuh susulan unjuran pertumbuhan ekonomi domestik yang mantap dan kembalinya sentimen mengambil risiko yang dijangkakan pada suku keempat apabila Fed menurunkan kadar faedah,” kata cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd itu dalam Tinjauan Ekonomi, hari ini.

Kenanga Research berkata purata bulanan gandingan ringgit-dolar AS adalah pada 4.424.

Prestasi unit tempatan itu disokong terutamanya oleh kelemahan Indeks Dolar AS akibat penyusutan pasaran tenaga kerja AS serta angka keluaran dalam negara kasar suku pertama China yang lebih kukuh daripada jangkaan awal.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved