Kenangan Ramli Sarip dengan Pak Lah, dipilih nyanyikan puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 1:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran penyanyi lagenda, Datuk Ramli Sarip di Masjid Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencuri perhatian.

Ramli Sarip hadir beri penghormatan terakhir

Memetik laporan dari Kosmo! Ramli menyatakan pengalaman menyanyikan puisi hasil tulisan allahyarham cukup bermakna buatnya dan akan sentiasa menjadi kenangan manis dalam hidup penyanyi berkenaan.

image is not available

Ramli Sarip ada kenangan peribadi dengan Pak Lah

Ujarnya, beliau telah diberi kesempatan untuk mendendangkan puisi ditulis Pak Lah dalam Perhimpunan Agong UMNO dan kenangan tersebut cukup melekat di hatinya hingga kini.

Kenangan peribadi saya dengan arwah adalah sewaktu mempersembahkan puisi yang ditulis olehnya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Allahyarham sempat berjumpa dengan saya dan mengatakan beliau suka dengan cara saya menyanyikan puisi tersebut. Kenangan itu ‘melekat’ dengan saya sehingga hari ini,” katanya.

Anggap tokoh yang beri perubahan dalam Islam

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa allahyarham merupakan seorang tokoh pemimpin yang cukup baik dan telah membawa pelbagai perubahan dalam Islam terutamanya kepada negara.

image is not available

Difahamkan, jenazah allahyarham Tun Abdullah kini berada Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

image is not available

Seterusnya, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Sumber: Kosmo! (Harrith Hisham & Amal Hayati Fauzi)