“Kenapa Aku Tak Macam Ni Dulu” – Zila Bakarin Kongsi Cerita Hijrah, Sanggup Tolak ‘Job’ Berlakon Tanpa Tudung

Entertainment
2 Oct 2023 • 5:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pada tahun 2020 lalu, pelakon Malaysia Zila Bakarin yang dulu dikenali sering berpakaian seksi akhirnya mengambil jalan untuk berhijrah dengan memakai tudung.

Menurutnya di perkongsian video TikTok, rasa ingin bertudung itu datang sendiri tanpa berfikir. Dirinya yang hanya mempunyai baju terdedah tiba-tiba rasa ‘tidak selamat’ apabila hendak mengambil anaknya dari sekolah.

Dalam almari tu memang tiada baju yang bertutup langsung

@zilabakarin2 Doakan Zila Bakarin Kekal Istiqomah Dan Moga Perubahannya Diberkati Allah? #zilabakarin #fyp #fyp??viral #fyp? #masukfyp #masukberanda #fypage #foryoupage ? original sound – zilabakarin2

Sambungnya lagi, selepas mengenakan tudung, baru rasa dirinya selamat dan dari situ mula lah hijrah pelakon tersebut dan meninggalkan ‘style’ dirinya yang lama.

Dalam perkongsian yang sama, Zila berkata bahawa perubahan dirinya itu tiada pengaruh dari mana-mana pihak dan berlaku kerana dirinya sendiri.

Selepas klip itu dimuatnaik, warganet turut bersyukur dan menyokong pembaharuan pelakon tanah air itu.

image is not available

image is not available 1 week ago

"Wow Dah Bertudung Balik?" - Haqiem Rusli Kongsi Video Anis Pakai Tudung, Doakan Isteri Sentiasa Kuat