“Kenapa buang masa polis, SKMM siasat isu didedahkan Sarah Yasmine?” – Peguam

30 Apr 2024 • 10:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sarah Yasmine

Peguam Nur Aminahtul Mardiah tampil bersuara berhubung artis tanah air yang memberi cadangan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap seorang wanita Singapura iaitu Sarah Yasmine.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aminahtul di laman TikToknya, dia memberi penjelasan dari aspek undang-undang jika selebriti yang terlibat dalam isu tersebut membuat laporan polis dan ke SKMM.

Tegasnya, sikap curang bukanlah satu masalah negara yang perlu diambil berat sebaliknya ia berlaku disebabkan oleh masalah individu itu sendiri.

Sarah Yasmine

“Saya hanya menyentuh isu undang-undang, tetapi kena faham ini bukan isu yang melibatkan negara, tak ada kaitan langsung dengan Malaysia dan Singapura sebab ini masalah sikap dan curang ini bukan masalah negara.

“Bila awak buat laporan polis, saya terangkan apa akan berlaku apabila laporan polis dibuat contohnya di bawah fitnah ataupun di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Apabila laporan polis dibuat, telefon yang digunakan Sarah Yasmine untuk screenshot dan upload di Instagram akan dirampas. Pihak polis akan hantar kepada forensik untuk ekstrak everything out,” katanya.

Bukan itu sahaja, Aminahtul mengatakan terdapat kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan boleh dibuat terhadap seseorang.

Bahkan, dia turut mempersoalkan mengapa pihak berkuasa perlu membuang masa untuk menyiasat kes curang yang berlaku walhal terdapat banyak kes jenayah yang perlu diberi perhatian.

Sarah Yasmineimage is not available

“Persoalan saya adalah, boleh ke dia jatuh di bawah seksyen 500 Kanun keseksaan iaitu fitnah? Dan boleh ke dia jatuh di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia?

“Awak kena tengok dalam dua seksyen ni ada elemen yang perlu dipenuhi sebelum satu pertuduhan dapat dibuat. Kenapa kita nak buang masa polis Malaysia, nak buang masa SKMM untuk siasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine?

“Sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini. Ini masalah peribadi mereka, orang yang patut dipersalahkan adalah siapa yang mulakan masalah ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, peguam yang berusia 41 tahun tersebut sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk menjaga nama baik dan sumber rezeki masing-masing.

image is not available

“Perbuatan awak mencemarkan nama baik sendiri sebab pelakon yang bagus, pengkarya yang bagus diberi peluang untuk berlakon, awak jaga rezeki tu tersebut bukan dengan mengambil kesempatan cinta lokasi lah, menjadi teman pendengar setia lah, awak kena tahu batas.

“Untuk libatkan polis dan SKMM dalam isu ini hanyalah buang sumber tenaga yang ada,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan penerbit dan pengarah Erma Fatima menggesa agar artis-artis yang ‘dipetik’ Sarah Yasmine membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

image is not available

Sumber: TikTok @AminahtulMardiah