“Kenapa Dia?” – Buat Persembahan Pembukaan, Penampilan Khas Aina Abdul Di Konsert Ailee Jadi Bualan

Music
7 Mar 2024 • 2:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Aina Abdul telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan di konsert Ailee.

Pada 6 Mac, LOL Asia telah mengumumkan bahawa penyanyi terkenal Malaysia, Aina Abdul akan membuat persembahan pembukaan bagi konsert jelajah Ailee iaitu “I AM: Here” yang bakal diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini.

Malah, peminat Aina Abdul juga berharap agar pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu itu dapat berduet dengan Ailee.

Meskipun ramai yang teruja akan gandingan hebat dua penyanyi tersebut, terdapat juga peminat yang tidak menyetujui serta kecewa dengan keputusan pihak penganjur untuk membenarkan penyanyi tersebut untuk melakukan persembahan di konsert Ailee.

Di mana, mereka telah menyatakan bahawa mereka sudah lama menunggu penyanyi terkenal Korea itu untuk kembali ke Malaysia dan ingin menikmati pengalaman berharga itu tanpa sebarang gangguan.

Antara reaksi peminat ialah,

Orang bayar sebab nak tengok Ailee, bukan penyanyi tempatan.

 

Baju tu nanti jangan nak melebih-lebih.

 

Kenapa nak kena jemput dia?

 

Nyanyi satu lagu je, jangan nak melebih.

 

Tak nak!

 

Ailee je dah cukup untuk buat persembahan pembukaan sendiri.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.