“Kenapa Dia Nak Terasa” – Datin Red Nafi Buli Adira, Hantaran IG Tuju Pada Suami

Entertainment
29 Mar 2024 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red tampil menafikan hantaran kontroversinya sebelum ini ditujukan buat madu, penyanyi Adira Suhaimi.

Ujar Datin Red, hantaran tersebut ditujukan buat suami, Datuk Red bagi tujuan mengingatkan Adnan tentang pengorbanan yang pernah dilalui sejak mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

Hantaran itu saya tujukan kepada suami saya. Kadang-kadang dia tu pelupa, kena ingatkan. Bukan nak cakap diri ini baik tapi dia sudah tua, cepat lupa. Pengorbanan saya selama 18 tahun sikit pun tak nampak.

Tambahnya lagi, hubungannya dengan Adira berada dalam keadaan baik dan menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwanya membuli madunya itu.

Hubungan saya dengan Adira okay sahaja. Saya tak sebut nama Adira, saya tak buli sesiapa dan kenapa dia nak terasa.

Terdahulu, kakak kepada Adira, Emma Suhaimi tampil memberi kenyataan tidak puas hati berhubung hantaran Datin Red yang didakwa seolah-olah membuli adiknya, Adira.

Kata Emma, dia sudah tidak mampu menahan sabar dan enggan membiarkan adiknya terus dibuli selain sedia mempertahankan Adira jika berterusan diganggu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Saya Terlalu Ikut Emosi.." - Datin Red Mohon Maaf, Emosi Nama Tak Disebut Datuk Red Isu Jual Tanah Demi Bantu Suami