Kementerian Komunikasi mengesahkan kompaun RM250,000 yang dikenakan terhadap Maestra Broadcast Network System Sdn Bhd dibuat dengan izin Timbalan Pendakwa Raya berdasarkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang mula berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.
Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menjelaskan, tindakan itu tidak melibatkan Era FM secara langsung, sebaliknya pemegang lesen stesen tersebut, iaitu Maestra Broadcast Network Systems (MBNS) Sdn Bhd, yang juga anak syarikat Astro.
Menurutnya, syarikat itu memiliki keuntungan yang signifikan dan tertakluk kepada undang-undang baharu yang menetapkan denda maksimum RM500,000.
“Bukan Era FM yang dikompaun, tetapi MBNS sebagai pemegang lesen yang sah. Pindaan Akta 588 telah meningkatkan kadar denda kepada maksimum RM500,000,” katanya menerusi hantaran di platform X.
- Trio Era FM zahirkan penghargaan buat semua pihak
- Lelaki warga emas disyaki ambil kesempatan terhadap wanita di Bazar Ramadan?
- ‘Saya ditampar, ditendang dulu’ – Peniaga jelaskan insiden gigit anggota penguatkuasa DBKL
- Serba baharu, Pak Mat Western taja pekakas dapur Kak Cik Yah
- PASKOM serbu kedai telefon bimbit warga asing di Pudu
Beliau menjawab pertanyaan netizen mengenai perbezaan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap, yang hanya didenda RM10,000 kerana kesalahan mereka berlaku sebelum pindaan akta tersebut.
Fahmi menjelaskan, sebelum pindaan itu berkuat kuasa, hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah RM50,000. Oleh itu, tindakan terhadap Harith dan Cecelia mengikut peruntukan lama, manakala kompaun MBNS tertakluk kepada undang-undang yang telah dikemas kini.
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan menegaskan bahawa lesen MBNS tidak digantung, tetapi syarikat itu dikenakan kompaun selepas didapati memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM. Kompaun tersebut dikeluarkan setelah menerima kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.
The post Kenapa Era FM dikompaun RM250K, Harith Iskander hanya didenda RM10K? – Ini penjelasan Fahmi appeared first on .


