Kenapa Han Sohee Tukar Gambar Profil Instagram Dengan Foto Kumpulan Lelaki Ini?

Entertainment
20 Oct 2023 • 10:38 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Merupakan seorang pelakon popular, apa sahaja yang dilakukan Han So-hee pastinya akan mendapat perhatian.

Terbaru pada 19 Oktober, Han So-hee dilihat telah menukar gambar profil Instagramnya dengan foto 3 orang lelaki yang sedang bermain pillow fight.

Apa yang lebih mengejutkan, peminat mendapati bahawa ia adalah gambar idola dari kumpulan TXT, menerusi program hiburan mereka “TO DO X TXT” pada tahun lalu.

Meskipun tidak dapat meneka sebab pelakon wanita itu memilih untuk menukar gambar profilenya kepada foto berkenaan namun, peminat tetap terhibur dan seronok melihat interaksi antara dua selebriti popular itu.

Bagaimanapun, belum 24 jam, Han So-hee nampaknya telah menukar gambar profile kepada gambar pikachu selepas meraih perhatian dengan gambar TXT.

Komen netizen,

Mesti dia fikir itu hanyalah meme dan tak perasan ia sebenarnya adalah TXT.

 

Haa adakah ini betul?

 

Muka ahli tidak dapat dilihat dan Han So-hee mesti hanya rasa gambar itu kelakar.

Comel je Han So-hee ni tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.