“Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]

22 Oct 2024 • 11:27 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selain anjing, kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat di dunia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.

Ini kerana tingkah laku yang comel dan mudah dijaga sering menjadi pilihan orang ramai untuk membela mereka.

Pun begitu, masih ada segelintir individu tidak berperikemanusiaan yang bertindak menzalimi haiwan-haiwan ini.

Lelaki jumpa kucing diikat dalam guni, dicampak ke sungai

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki menemui seekor kucing yang disumbat dalam guni sebelum diikat dan dicampak ke sungai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ceobaran, lelaki terbabit dipercayai sedang memancing di sebuah sungai.

Bagaimanapun, dia terdengar raungan seekor kucing seakan meminta pertolongan di dalam sebuah guni yang terapung di sungai itu.

Ambil guni dan buka ikatan untuk lepaskan kucing

Lelaki tersebut kemudiannya bertindak mengambil guni itu dan membuka ikatannya untuk melepaskan kucing malang terbabit.

Kucing berkenaan yang dalam keadaan kebasahan terus berhenti menangis seakan lega dirinya diselamatkan selepas dikeluarkan dari guni itu.

“Kucing diikat dalam bungkusan guni di buang ke sungai, kenapa kejam dan zalim? Di mana hati nurasi? Terima kasih orang yang baik hati menolong selamatkan dari kucing ini mati,” tulis di kapsyen.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di luar negara, namun tidak diketahui di lokasi mana dan bila ia berlaku.

Ramai kecam tindakan zalim pelaku dan titip doa buat lelaki yang selamatkan kucing itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat nasib kucing terbabit selain mengecam tindakan si pelaku itu.

Malah, mereka turut menitipkan doa agar urusan lelaki yang menyelamatkan si bulus itu dipermudahkan.

Tak kira anda pencinta haiwan ataupun tidak, jangan sesekali menzalimi dan menyeksa binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti kita.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: