“Kenapa Lari Tadi?” – Tak Hadir Sidang Media, Bella Astillah Persoal Sophia Albarakbah

Entertainment
2 Feb 2023 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon Sofia Albarakbah dilaporkan tidak hadir di sesi sidang media untuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Difahamkan, ketidakhadiran aktres berusia 29 tahun itu disebabkan dia sedang menjalani penggambaran di Subang.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah mempersoalkan tindakan Sophia membatalkan sesi sidang media tersebut di saat akhir.

Kenapa lari? Kenapa tak datang PC (sidang media)?

Menerusi hantaran di laman Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah binti Awang Astillah menjelaskan bahawa dia terpaksa memuat naik tangkap layar perbualan bersama Sophia sebagai bukti.

Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak, tetapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul

Menurut Bella, dia berani mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ianya sahih walaupun tidak berniat untuk berkongsi perkara berkenaan.

Saya tak ada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement hari ni konon tak nak involve satu Malaysia. Inilah sebabnya… Ini baru 10%.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

Tidak Profesional, Sophia Albarakbah Batalkan 'Interview' Bersama Media Di Saat-Saat Akhir

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved