Kenapa Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Dato Sri Najib?

Opinion
17 Aug 2022 • 9:03 AM MYT
Tai Zee How
Tai Zee How

Advocate and Solicitor Commentator

Image from: Kenapa Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Dato Sri Najib?
Gambar dari BERNAMA

Hari ini, Dato Sri Najib Razak telah gagal untuk memasukan bukti-bukti baru yang mengaitkan Hakim Nazlan sebagai peguam am Maybank dengan SRC International di Mahkamah Persekutuan.

Jikalau pasukan guaman Dato Sri Najib berjaya hari ini, maka keputusan kes SRC beliau samada dibatalkan, ataupun diperintahkan untuk perbicaraan semula.

Namun, ini adalah rayuan tambahan sebelum rayuan utama yang berkenaan dengan kekhilafan dalam keputusan sewaktu perbicaraan.

Image from: Kenapa Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Dato Sri Najib?
Gambar dari BERNAMA

Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa tidak memberikan pertimbangan merit rayuan utama tersebut dalam pendengaran rayuan tambahan ini. Dengan penolakan rayuan tambahan, maka Mahkamah Persekutuan akan terus mendengari rayuan utama dalam kes SRC.

Dalam keputusan penghakiman, YAA dan YA Hakim-Hakim telah menyatakan bahawa dokumen yang mengaitkan YA Hakim Datuk Nazlan dengan SRC, telahpun diserahkam kepada pihak pembelaan pada 4 Nov 2019 dalam kes lain (1MDB) manakala kes pembelaan SRC bermula pada 3 Disember 2019.

Ketika itu, peguam pembelaan (untuk Dato Seri Najib) tidak mengemukakan bantahan, justeru adalah pada hemah para hakim bahawa ini tidak memenuhi syarat-syarat perundangan untuk membenarkan penambahan bukti baru, yang dikawal selia oleh Seksyen 93, CJA 1964 dan juga intipati-intipati yang termaktub dalam penghakiman kes R v Parks [1961] 3 All ER 633 dari Mahkamah Rayuan England.

Rayuan ini bertujuan untuk mengemukakan bukti baru, untuk menunjukkan bahawa terdapat unsur-unsur konflik oleh YA Hakim Datuk Nazlan dengan penglibatan beliau sebagai peguam am bagi Maybank yang mengendalikan kes 1MDB dan SRC.

Mahkamah Persekutuan juga menyatakan bahawa tiada hubungkait di antara kedudukan YA Hakim Datuk Nazlan sebagai peguam am Maybank, dan keputusan untuk memberikan keputusan dalam perbicaraan kes SRC terhadap Dato Seri Najib.

Maka pada hemah Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Datuk Nazlan tidak perlu menarik diri dalam pengendalian kes SRC pada permulaan kes dan tiada unsur konflik.

Walaubagaimanapun, pada 13 Mei 2022, Pesuruhjaya Kehakiman YA Datuk Mohd Arief Emran Ariffin SRC International Sdn Bhd menarik siri dari mengendalikan kes sivil antara SRC dan subsidiarinya, Gandingan Mentari Sdn Bhd dengan Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah kerana beliau pernah berkhidmat di sebuah firma guaman yang pernah memberikan perkhidmatan kepada SRC.

Selain itu, Majlis Peguam Malaysia pernah mengesa agar YA Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak untuk menarik diri pada 5 Julai 2018, sekadar kerana YA Mohd Sofian merupakan adik kepada exco Pahang dan ADUN Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak. (Sumber: Malaysiakini)


Tai Zee How adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.