Bila sebut tentang pengambilan protein, mesti ramai ingat ia hanya untuk orang yang nak bina badan saja betul tak?
Padahal, hakikatnya setiap manusia sangat memerlukan protein yang mencukupi, terutama sekali apabila menginjak usia 30 tahun.
Advertisement“Kenapa ia penting? Kalau tak cukup apa jadi??”
Badan Akan Hilang 3% Hingga 8% Jisim Otot Menginjak Usia 30 Tahun
Kalau anda nak tahu, banyak kajian dah dilakukan tentang kepentingan protein untuk kesihatan tubuh badan pada jangka masa panjang.
Kajian mendapati antara sebab kenapa ia sangat penting untuk tubuh badan kita lagi-lagi apabila semakin berusia adalah bagi mencegah Sarcopenia, atau nak lagi senang faham untuk elak daripada kehilangan jisim otot.

Tahu tak, bila kita dah masuk umur 30 tahun ni, anggaran daripada 3% hingga 8% jisim otot dalam badan akan hilang setiap dekad dan kadarnya akan jadi makin cepat apabila menginjak usia 60 tahun.
Sebab itulah, kalau anda perhati betul-betul orang yang dah berusia lagi-lagi warga emas, kebanyakan mereka mula hilang keseimbangan badan, lagi-lagi apabila bangun daripada duduk terlalu lama.

Bukan itu saja, bila semakin berusia, tubuh badan kita akan jadi lagi kurang cekap untuk memproses dan menyerap protein bagi membina otot tau.
Haa, kalau anda perasan, kebanyakan orang yang dah berusia melebihi 30 tahun mesti mudah rasa sakit sendi betul tak?
Dekat sinilah protein memainkan peranan penting, di mana ia membentuk struktur asas matriks tulang dan jika diambil mencukupi dengan keperluan badan, ia dapat mengekalkan ketumpatan tulang serta mengelak risiko osteoporosis dan risiko patah tulang apabila terjatuh.
Pada masa sama, untuk lebih mengekalkan dan meningkatkan ketumpatan tulang, anda juga perlu seimbangkan dengan senaman bebanan atau senaman rintangan.
Melalui senaman bebanan, ia dapat merangsang sel sel tulang untuk menghasilkan tisu tulang baharu pada masa sama melambatkan kadar kehilangan jisim tulang terutama untuk warga emas.

Paling penting, protein ini juga adalah kunci untuk tenaga dan imun badan di mana ia digunakan untuk menghasilkan hormon, enzim dan sel imun dalam badan.
Haa, sekarang anda dah tahu betapa pentingnya protein untuk tubuh badan kita kan? Otot yang kuat dapat memberikan perlindungan kepada tubuh dan tulang kita, supaya kita dapat mengekalkan gaya hidup yang aktif
Tak dinafikan, sebenarnya masih ramai lagi di antara kita tak sedar tentang kepentingan pengambilan protein yang mencukupi dalam diet harian.
Jadi, lepas ni, pastikan anda tahu berapa banyak protein yang diperlukan badan dan dapatkan sumber protein yang bagus tau.
Produk Tenusu Adalah Sumber Protein Tambahan Yang Terbaik
Macam yang anda tahu, ada banyak sumber protein yang kita boleh dapatkan pada setiap hari seperti ayam, ikan, telur, tempe dan tauhu. Tapi, cukup ke?
Tahu tak, produk tenusu pun adalah salah satu sumber protein yang bagus untuk tubuh badan kita terutamanya susu yang diperkaya dengan protein tinggi seperti MARIGOLD HL Advance.

Jujur cakap, bila kita terlalu sibuk dengan rutin harian dengan masa yang agak terhad ni, nak dapatkan hidangan atau minuman yang berasaskan protein pada setiap hari memang jadi agak leceh betul tak?
Sebab itulah susu seperti MARIGOLD HL Advance sesuai dijadikan pilihan harian yang sangat praktikal.

Ia bukan saja cepat dan mudah didapati, malah ia juga boleh jadi cara yang efisien untuk melengkapkan pengambilan protein serta nutrisi penting untuk tubuh badan pada setiap hari.

Untuk pengetahuan, MARIGOLD HL Advance ini direka khas untuk menyokong fasa penuaan aktif dengan gabungan protein, kalsium dan 9 vitamin yang bertindak secara sinergi untuk mengelakkan penyusutan otot, menguatkan tulang serta mengekalkan tenaga harian.
Paling best, MARIGOLD HL Advance ini mengandungi lebih 56% protein di mana 2 gelas susu bersamaan dengan 25 gram protein. Wah, banyak tu!

Selain itu, ia juga mengandungi lebih 38% kalsium yang dapat membantu menguatkan ketumpatan tulang dan gigi, di samping menjaga kestabilan fungsi otot serta sistem saraf badan tau.
Dengan semua manfaat yang ditawarkan oleh MARIGOLD HL Advance ni, tak dinafikan ia adalah susu terbaik untuk kita yang semakin meningkat usia dan ingin kekal aktif, bertenaga dan menjaga kesihatan otot dan tulang demi masa depan.
Tunggu apa lagi, dapatkan MARIGOLD HL Advance sekarang di mana-mana kedai runcit berdekatan anda.
Alang-alang tu, jom buat pemeriksaan kesihatan otot menerusi laman web rasmi MARIGOLD atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
The post Kenapa Makin Tua Badan Makin Cepat Lesu & Tak Bermaya? Ini Yang Anda Wajib Tahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

