“Kenapa Masih Ada Yang Beli?” – Sharifah Sakinah Gesa Netizen Boikot Shein, Terpalit Kontroversi Menjijikkan

WorldEntertainment
28 Nov 2025 • 12:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Sharifah Sakinah mencuri perhatian selepas tampil lantang menggesa orang ramai untuk memboikot jenama fesyen dalam talian China, SHEIN, berikutan pelbagai kontroversi yang menyelubungi jenama tersebut.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sakinah  meluahkan rasa gusarnya terhadap jenama berkenaan yang didakwa bukan sahaja merosakkan alam sekitar, malah menimbulkan isu besar berkaitan etika dan keselamatan kanak-kanak.

Advertisement

image is not available

Ia (SHEIN) buruk untuk planet ini, malah kepada kesihatan kita, menggunakan buruh kanak-kanak, membayar pekerja dengan harga yang rendah, dan sekarang ia juga dikaitkan dengan anak patung seks seperti kanak-kanak. Banyak je jenama macam ni tapi SHEIN dulu aku nak sebut.

Sakinah turut menyuarakan kekecewaannya apabila masih ramai yang terus membeli daripada platform tersebut walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat.

Hantarannya itu segera menarik ratusan komen daripada warganet — ada yang bersetuju, ada juga yang baru mengetahui isu terbabit. Ada juga netizen yang berpendapat para pempengaruh yang sering mempromosikan produk SHEIN sepatutnya memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran.

“Saya tahu SHEIN daripada pempengaruh kerana mereka selalu membeli barang dari sana. Jadi pempengaruh juga harus menjadi orang yang menyebarkan kesedaran tentang kekejaman di sebaliknya, jika mereka peduli.” tulis seorang pengguna.

image is not availableimage is not available

Untuk rekod, kerajaan Perancis baru-baru ini meminta hakim Paris menggantung operasi SHEIN selama tiga bulan atas dakwaan platform itu menjual patung seks menyerupai kanak-kanak serta senjata terlarang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-28 10:17:57

Zahirah Macwilson & Atikah Suhaimie Dipuji ‘Artis Paling Classy’, Netizen Kagum Sikap Matang & Tidak Berdrama

The post “Kenapa Masih Ada Yang Beli?” – Sharifah Sakinah Gesa Netizen Boikot Shein, Terpalit Kontroversi Menjijikkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article