Kenapa Maxis masih tiada 5G? Apa Dah Jadi? #5

5 Nov 2022 • 9:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga berita teknologi dikongsikan dalam video ini ialah, kuota Celcom untuk 5G datang dengan had dan yuran, punca Maxis masih lagi tiada 5G dan Lazada sediakan ciri untuk pengguna berhutang seperti di Shopee.

1. AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G

Ada pengguna Celcom nyatakan kuota data mereka habis terlalu cepat selepas mengaktifkan 5G. Dikatakan ini bertentangan dengan janji DNB dahulu bahawa data semakin murah apabila DNB melaksanakan rangkaian borong tunggal (SWN) 5G di Malaysia. Malah, kenapa perlu ada kuota di 5G?

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Kenapa Maxis tak umumkan bila akan ada 5G? Ini jawapan mereka

Maxis adalah satu-satunya telco utama Malaysia yang masih belum menandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB. Menerusi satu kenyataan media yang diumumkan lewat petang hari terakhir Oktober 2022, Maxis beritahu yang mereka masih meneliti hal-hal teknikal tentang perjanjian 5G. Maxis tak puas hati lagi dengan perjanjian ke?

Berita lanjut di sini.

image is not available

3. Lazada lancar servis hutang LazPayLater untuk bersaing dengan SPayLater Shopee

Lazada dikesan telah melancarkan servis Buy Now Pay Later (BNPL) sendiri yang dikenali sebagai LazPayLater. Ia membolehkan pelanggan mereka melakukan pembayaran secara hutang, malahan ansuran juga.

Maklumat lanjut di sini.

image is not available