“Kenapa Nak ‘Influence’ Orang Perkahwinan Itu Menakutkan, Bukan Semua Macam Laki Hang” – Eyra Hazali ‘Sound’ Siapa?

2 Dec 2022 • 4:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Apabila seseorang itu berjaya mencapai satu fasa dalam hidup mereka, tidak kiralah tamat pengajian, bertunang, bernikah atau menimang cahaya mata pastinya mereka akan dilimpahi dengan ucapan tahniah berserta doa yang baik.

Namun, semakin lama semakin berubah pula perkara itu kerana wujudnya segelintir individu yang ‘bitter’ atau memberi respon yang tidak seronok dibaca dan didengar.

Seperti kata pelakon Eyra Hazali di mana dia menegur sesetengah netizen yang gemar memberikan komen negatif terhadap sesuatu perkara di media sosial dan tidak mendoakan yang baik-baik.

Menerusi Twitter, Eyra menyelar tindakan individu yang gemar memberi komen yang tidak membina atau memberangsangkan berkaitan rumah tangga.

Rasanya tak perlu dah kan komen macam ni? Kenapa nak pengaruh orang (lain) yang perkahwinan itu menakutkan?”

Bukan hanya Eyra tetapi ramai warganet mempunyai pandangan yang sama sepertinya dan rata-rata daripada mereka sempat meluahkan pendapat masing-masing.

Malah, ada yang berkata komen sebegitu sebenarnya bukan hanya diberikan oleh orang luar tetapi juga ahli keluarga sendiri yang beranggapan hanya sekadar mahu ‘mengusik’.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, ada juga yang menceritakan tentang pengalaman diperli oleh ibu saudara sendiri hanya kerana usia perkahwinan yang masih ‘mentah’.

image is not available

Pada zaman sekarang ini, kita sememangnya sering terbaca komen-komen yang tidak memberangsangkan berkaitan perkahwinan terutamanya dalam kalangan orang muda.

Pasti akan ada segelintir pihak yang memberi komen bernada sinis dan menakutkan sebagai contoh, dalam perkahwinan ini semakin lama semakin kita akan nampak belang pasangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 minggu lalu

"Dia Tu Buat 'Wayang' Kat Tanah Suci" - Tolong Orang Hanya Konten, Caprice Sindir Siapa?

View Original Article