
Seorang wanita dikecam teruk selepas mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pembangkang hanya mempolitikkan isu banjir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana takut akan ditolak rakyat.
@najihahyasim Pakatan harapan politikkan isu banjir dalam pru #pru15 #pru15tolakph #tiktok #fyp #puteriumno ♬ original sound – Najihah Yasim
Menurutnya, isu banjir hanya dijadikan sebagai alasan untuk menunjukkan pihak pembangkang mengambil berat tentang perkara ini sedangkan tiada tindakan awal diambil terhadap mereka yang terjejas dengan banjir.
Kenapa nak mempolitikkan isu banjir dalam Pilihan Raya Umum? Sedangkan hari ini, ketika banjir yang sedang melanda di Johor, di mana pemimpin parti pembangkang yang lain?
Mereka hanya berpolitik, berpolemik, menunjukkan mereka ‘concern’ pada rakyat. Hakikatnya, mereka tidak berbuat apa-apa dan mereka hanya mahu PRU dilewatkan kerana mereka takut berhadapan dengan rakyat.
Kenyataan wanita dikecam netizen
Kenyataan dibuat wanita itu bagaimanapun dilihat tidak dipersetujui kebanyakkan netizen di Twitter yang mengecam wanita tersebut.
Oii kak! Masa banjir tahun lepas mana pi menteri2 umno? Siapa yang tolong rakyat? Jangan nak hujah ikut kepala otak kau ja bercakap. Setakat baca skrip kau tu, Yang takot tu presiden kau takot ke dalam! pic.twitter.com/NESkey2MdM
— cikyaniee (@lady_bugg11) October 5, 2022
Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju sekiranya PRU-15 mahu diteruskan dalam keadaan rakyat ketika ini risau dengan kebarangkalian banjir yang sangat tinggi.




Apa pandangan korang tentang perkara ni?
KRedit: TikTok najihahyasim | Twitter lady_bugg11
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Kenapa Nak Politikkan Isu Banjir Dalam PRU?” – Dakwa Pembangkang Takut Ditolak Rakyat, Wanita Teruk Dikecam Netizen appeared first on Oh! Media.




