“Kenapa Orang Suka Dia?” – Netizen Perli Nyanyian G-Dragon Kian Teruk

EntertainmentMusic
17 Apr 2025 • 11:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang sekian lama mengenali G-Dragon, pastinya tahu bahawa dia merupakan artis yang disanjungi di Korea Selatan.

Selepas bertahun-tahun berehat, ahli BIGBANG itu akhirnya meriliskan album solo terbaru, Übermensch, pada awal tahun ini. Kemudian, dia menyertai rancangan “Good Day” untuk meriliskan lagu baru bersama kolaborasi beberapa selebriti seperti Jung Hae-in, Kwanghee, Im Si-wan, Jo Se-ho dan yang lain.

Kelmarin, telah tular sedikit rakaman dari episod berkenaan di mana G-Dragon merakam bahagian lagunya. Bukannya pujian malah ramai yang mengkritik suara lelaki itu sebagai pelik dan tertanya-tanya mengapa ramai menyanjunginya.

Komen di laman komuniti,

  • “Baiknya Kwang-hee sebab asyik puji dia.”
  • “Saya nak telinga baru yang tak pernah dengar suara dia.”
  • “Bosannya..”
  • “Saya terkejut tengok kemahirannya.”
  • “Apa ni?”

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.