Kenapa Pakatan Harapan menyorak kemenangan atas RUU Anti Lompat Parti?

Opinion
15 Aug 2022 • 2:36 PM MYT
Tai Zee How
Tai Zee How

Advocate and Solicitor Commentator

Image from: Kenapa Pakatan Harapan menyorak kemenangan atas RUU Anti Lompat Parti?
Sidang Dewan Rakyat 

Saya tak paham kenapa ahli politik dari Pakatan Harapan menyorak tentang RUU Anti-Lompat Parti. Seolah-olah pindaan Perlembagaan untuk Rang Undang-Undang ini adalah kemenangan bagi mereka.

Pada hemat saya, bukan sahaja Pakatan Harapan seharusnya mendiamkan, malah perlu mencerminkan diri perihal isu lompat parti dan kesal atas kegagalan mereka untuk membentangkan ini sewaktu mereka memerintah sebagai kerajaan

Sejak PRU-14, Pakatan Harapan telah banyak menerima manfaat daripada gejala-gejala lompat parti, khususnya daripada Barisan Nasional. 

Saya memberikan contoh di sini, selepas PRU-14 pada Mei 2018, Parti Warisan Sabah dan sekutunya Pakatan Harapan tidak memiliki kerusi yang cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan Negeri Sabah. Sebenarnya, Parti Barisan Nasional telah bersetuju untuk bergabung dengan STAR, dan berjaya memenuhi syarat untuk menubuhkan kerajaan negeri. RUU Anti Lompat Parti ini tidak menghalang parti untuk bergabung, malah hanya terhadap individu yang melompat. Maka dari segi fakta, Warisan dan Pakatan Harapan telah merampas kuasa dari Barisan Nasional melalui gejala lompat parti. BN adalah mangsa dalam konteks ini.

Beberapa hari kemudian, terdapat 6 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional telah meninggalkan parti dan memasuki Parti Warisan Sabah. Mereka adalah ADUN Sebatik, Tanjong Batu, Balung, Kemabong, Kedamaian, Paginatan, dimana empat adalah dari UMNO-BN, dan dua dari UPKO-BN.

Adakah seruan "anti-lompat parti" dilaungkan oleh Pakatan Harapan ketika itu? Jawapannya adalah tidak, dan mereka menerima ADUN-ADUN yang melompat parti ini dengan tangan terbuka, dan menubuhkan kerajaan Negeri.

Image from: Kenapa Pakatan Harapan menyorak kemenangan atas RUU Anti Lompat Parti?
Sidang Dewan Rakyat 

Selain Sabah, kelikatan wakil rakyat Parti BN yang telah meninggalkan Parti dan memasuki Pakatan Harapan di antara selepas PRU-14 dan sebelum 2020. Mereka juga disambut dengan tangan terbuka oleh Kerajaan Pakatan Harapan, melainkan beberapa pemimpin dari DAP yang menyuarakan bantahan. Namun bantahan itu adalah tidak sah, sekadar taktik politik kerana tindakan Pakatan Harapan adalah menyokong gejala lompat parti secara kolektif.

Mereka adalah Ahli-Ahli Parlimen dari kawasan Masjid Tanah, Bagan Serai, Jeli, Hulu Terengganu, Mersing, Tasek Gelugor, Larut, Sabak Bernam, dan Tanah Merah.

Lagipun, terdapat seorang pemimpin Pakatan Harapan, YB Muhkriz Mahathir (pada ketika itu), telah menyatakan pandangan beliau bahawa Ahli Parlimen UMNO sertai BERSATU akan kukuhkan PH. Kenyataan tersebut telah dibuat pada 14 February 2019.

Parti Pakatan Harapan merupakan penyokong, pelaksana, dan penerima manfaat daripada gejala lompat parti. Inilah yang ramai tidak boleh menghadam, kenapakah ahli politik dari Pakatan Harapan melaungkan kemenangan, seolah-oleh mereka yang membantahkan perbuatan lompat parti selama ini? Ini bagaikan menampar di muka sendiri. Lagipun, seorang pemimpin PH, YB Anwar Ibrahim pernah menyatakan sokongan sepenuh terhadap usaha lompat Parti untuk menukar kerajaan pada tahun 2008.

Setelah 2018, Barisan Nasional merupakan mangsa terbesar daripada gejala lompat parti. Ini adalah berbeza dengan bergabung dengan parti lain untuk menubuh kerajaan (Sistem Parlimen Westminster membenarkan gabungan Parti untuk tubuh kerajaan seperti Conservative-Liberal coalition government pada 2010). Maksudnya, yang patut meraihkan kemenangan RUU Anti Lompat Parti adalah Barisan Nasional. 

Bagi Perikatan Nasional pula, hakikatnya, perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Parlimen lebih ramai yang melompat parti daripada mereka yang menang PRU atas tiket PKR (PH) pada asalnya. Maka, janganlah menghebohkan sedunia seolah-olah bahawa parti PPBM PN ini adalah penyokong tegar kepada RUU Anti-Lompat Parti.

Melompat parti bagaikan mengkhianati rakyat. kesemua pakatan parti pernah menerima pelompat parti. Konteks saya adalah terhad kepada selepas PRU-14, keranan RUU ini diberi laluan dengan pindaan Perlembagaan pada penggal ke-14 di Parlimen. Walaupun RUU ini tidak dapat menghalang lompat parti secara menyeluruh, sekurang-kurangnya, setelah diwartakan, dapat menghalang perampasan kuasa sewaktu PRU, seperti mana Parti Warisan dan Pakatan Harapan merampas kuasa dari Barisan Nasional dengan melakukan gejala lompat parti.


Tai Zee How adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.