Kenapa Pelakon Bollywood, Alia Bhatt Meraikan Hari Diwali Di Atas Katil?

25 Oct 2022 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Alia sedang sarat megandung. - Gambar dari Instagram Alia Bhatt

Jika selebriti terkenal Bollywood yang lain tampil penuh bergaya dan berwarna warni memakai busana tradisional sempena perayaan Diwali, lain pula dengan Alia Bhatt apabila dia hanya memakai kemeja T.

image is not available

Menerusi hantaran terbaru Alia dia Instagram, pelakon filem Gangubai Khatiawadi itu telah memuat naik foto ‘throwback’ dan foto terkininya meraikan hari Diwali.

Foto pertama menunjukkan dirinya tampil jelita memakai persalinan tradisional, manakala foto kedua pula menunjukkan dirinya sedang berbaring di atas katil hanya memakai kemeja T bersama seekor anjing.

‘Selamat hari Diwali dari diri saya yang lepas dan diri saya yang sekarang meraikan di atas katil,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Rupanya Alia bukan sengaja tidak mahu meraikan perayaan Diwali seperti yang lain. Tetapi dia kini sedang sarat hamil dan menantikan tarikh untuk melahirkan.

Alia juga telah menghentikan segala aktiviti seninya demi memberi fokus untuk hari melahirkan anak sulungnya bersama Ranbir Kapoor itu nanti. - Getaran, 25 Oktober 2022