Kenapa Ramai Perempuan Melayu Tak Suka Kulit Sendiri? Brown Is Sexy! - Nabila Huda

Beauty
20 Jan 2023 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nabila berpendapat, menjadikan kulit putih sebagai kayu ukur kecantikan seorang perempuan adalah tanggapan yang salah sehingga sanggup mengambil bahan terlarang untuk mencerahkan kulit. - Gambar Twitter Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda mengingatkan wanita Melayu berkulit hitam manis agar tidak terpancing dengan standard kecantikan tiruan yang mengukur tahap keindahan perempuan bedasarkan tahap kecerahan kulit. 

Nabila berpendapat, menjadikan kulit putih sebagai kayu ukur kecantikan seorang perempuan adalah tanggapan yang salah apalagi sesetengah wanita sanggup bertindak mengambil bahan berbahaya demi memutihkan kulit. 

image is not available

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter, Nabila meyakinkan warna kulit adalah keunikan dan identiti seseorang yang wajar diraikan. 

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang tergila-gila nak berkulit putih. Korang sedar tak, warna kulit asli warna kita ini sebenarnya menggambarkan wanita Melayu itu cantik. Brown sugar is sexy! 

“Saya suka warna kulit saya dan saya bangga dengannya,” tulisnya. 

image is not available

Bukan itu sahaja, Nabila mengingatkan proses menukar warna kulit bukanlah sepenuhnya selamat kerana ia melibatkan bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada kulit di hari tua.

“Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Hargailah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri kita. Kita cantik dengan cara kita sendiri tanpa perlu jadi orang lain. 

“Kalau semua wanita Melayu berkulit brown janganlah tukar jadi putih. Hilanglah keaslian kita sebagai wanita Melayu,” tegasnya. 

image is not available

Ciapan tersebut bagaimanapun mendapat sehingga satu juta capaian. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan Nabila. 

“Inilah kesilapan standard kecantikan kita. Bila seseorang itu kulit gelap kita ejek dia bermacam-macam panggilan sejak kecil. Macam keropok lekor hangit,” tulis satu komen.

“Bila sekolah dulu saya kena ejek dengan macam-macam sebab kulit gelap. Bila dah besar baru saya sedar brown skin ini cantik!” kata pengguna yang lain. 

“Hitam itu keunggulan!” tulis satu tweet. - Getaran, 20 Januari 2023

image is not available