“Kenapa sekejam ini perlakukan sesama muslim?” – Fattah Amin simpati lelaki OKU dipukul

LocalEntertainment
21 Jan 2025 • 10:24 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Fattah Amin simpati dan kecewa terhadap apa yang berlaku kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang telah dipukul oleh beberapa individu dalam kejadian di Kemaman, Terengganu pada Jumaat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin di Insta-Storynya, dia tidak menyangka wujud golongan yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan sesama saudara.

Fattah Amin simpati

image is not available

“Ya Allah, kenapa la sekejam ini di perlakukan sesama muslim dan manusia?” soalnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki OKU telah dikasari oleh sekumpulan individu tanpa belas ihsan selepas terlanggar gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada Jumaat.

Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada keluarga lelaki OKU tersebut demi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

Fattah Amin simpati

image is not available

Malah, keluarganya tidak akan menarik semula laporan polis dan akan meneruskan saman terhadap pelaku-pelaku yang terlibat.

Difahamkan setakat ini, lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 60 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Instagram @Fattah Amin