‘Kenapa susah sangat depositkan balik duit dah diambil?’ – Anak pengasas Dnars

LocalPolitics
18 Sep 2025 • 6:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu baru-baru ini memerintahkan suami pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, mendepositkan wang tunai RM1.3 juta milik Allahyarham ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka.

Bagaimanapun, Ahmad Shah dilaporkan gagal mematuhi perintah injuksi mahkamah yang dikeluarkan pada 13 Ogos lalu. Susulan kegagalan tersebut, ahli waris Allahyarham memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan saman harta sepencarian yang difailkan plaintif.

Selain itu, waris juga mengarahkan peguam syarie mereka memulakan prosiding komital terhadap Ahmad Shah bagi memastikan tindakan mahkamah dipatuhi. Menurut laporan Harian Metro, sehingga jam 11 pagi hari ini, wang RM1.3 juta masih belum didepositkan ke akaun pentadbir seperti diarahkan.

image is not available

Baca juga:

Anak Allahyarham, Irdina Hakim Jasman, mengkritik tindakan tersebut menerusi hantaran di media sosial. Beliau menegaskan wang berkenaan sepatutnya dikembalikan dan dibahagikan mengikut faraid demi kepentingan adik-beradiknya yang masih kecil.

“RM1.3 juta yang diarahkan mahkamah masih tidak dikembalikan ke tempat yang sepatutnya. Kenapa susah sangat untuk depositkan balik duit yang dah diambil tu? Kumpulkan sahaja wang yang sepatutnya dibahagikan secara betul. Kasihan mami saya di kubur, adik-adik saya masih kecil dan perlu belajar tinggi capai impian mereka,” tulis Irdina.

Dalam hantaran lain, beliau turut menegur pihak yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

“Dont let me speak up, kau ingat netizen sekarang bodoh sangat walaupun kau cuci guna retiss gitu? Masih segar dalam ingatan macam mana aku dan adik-beradik diperlakukan, Tuhan pasti tunjuk,” katanya.

View Original Article