Kenapa Tak Boleh Minum Air Guna Straw Lepas Cabut Gigi? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Health & Fitness
28 May 2026 • 1:41 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kenapa Tak Boleh Minum Air Guna Straw Lepas Cabut Gigi? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kesihatan di dalam mulut seperti gigi merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Ini kerana, kesihatan gigi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, pemeriksaan berkala perlu dilakukan secara berkala. Namun apabila mendapatkan rawatan, anda perlulah mengikuti setiap nasihat dan arahan yang diberikan oleh doktor gigi.

Sebagai contoh mereka yang melakukan rawatan cabut gigi tak dilarang melakukan beberapa perkara untuk mengelakkan keadaan menjadi teruk serta proses penyembuhan yang baik.

Kenapa lepas cabut gigi tak boleh hisap straw, kumur kuat-kuat atau meludah?

Terbaharu seorang doktor gigi, Habib Firziq tampil menjelaskan kenapa seseorang itu tidak boleh menghisap menggunakan straw, meludah atau berkumur dengan kuat selepas mencabut gigi.

Ujarnya perkara itu dilarang dilakukan selepas mencabut gigi adalah untuk mengelakkan pesakit mengalami ‘dry socket’ atau soket kering.

Katanya individu yang mengalami dry socket akan mengalami rasa yang sangat sakit di mana kesakitannya jauh lebih sakit berbanding sakit gigi.

Apa itu dry socket?

Selepas seseorang melakukan proses cabut gigi, terdapat lubang (pada gusi/ tempat gigi dicabut). Menurut Dr Habib lubang tersebut dipanggil sebagai soket.

Katanya selepas gigi dicabut, soket berkenaan akan dipenuhi dengan darah beku.

“Macam awak luka dekat tangan, kan ada darah beku. Untuk dia punya penyembuhan,” ujarnya.

Sekiranya seseorang pesakit itu menghisap straw atau berkumur dengan kuat perkara itu secara tidak langsung boleh menyebabkan darah beku tersebut terganggu atau terkeluar daripada socket terbabit.

Pembekuan darah dalam soket juga berfungsi lindungi saraf

Keadaan ini akan penyebabkan socket tersebut ‘kering’ serta menyebabkan saraf pada bahagian hujung dalam soket berkenaan terdedah.

Selain untuk proses penyembuhan darah beku itu juga berfungsi untuk melindungi saraf pada bahagian dalam soket itu.

“Sama sahaja macam orang yang merokok selepas cabut gigi. Asap berkenaan boleh ‘mengeringkan’ soket tu tahu tak.

“Konklusinya ikut sahaja arahan yang diberi oleh doktor selepas (proses) cabut gigi.”

Ini kerana mana-mana pesakit yang mengalami masalah dry socket perlu kembali semula ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

View this post on Instagram

A post shared by @bubu_smile012

Simptom dialami individu dry socket

Memetik laporan My Clevel and Clinic, antara simptom dialami individu mengalami dry socket adalah:

  • Rasa sakit pada bahagian mulut dan wajah
  • Sakit saraf merebak dari rahang ke kepala dan leher
  • Jangkitan kuman pada bahagian gigi atau gusi
  • Rasa kurang senang atau nafas berbau busuk

Menurutnya kebiasannya cara rawatan yang diberikan untuk masalah dry socket adalah:

  • Antibiotik
  • Doktor akan bersihkan socket dengan air garam atau ubat kumur antibakteria
  • Medicated dressing di mana doktor gigi akan meletakkan ubat kebas seperti lidokain atau eugenol di dalam soket yang kosong
  • Ubat tahan sakit untuk membantu mengurangkan rasa sakit.

Tempoh waktu untuk kembali pulih mungkin memakan masa sehingga tujuh ke 10 hari sekiranya dijaga dengan baik.

View Original Article