Kenapa Tak Boleh Potong Misai Kucing? Ini Penjelasan Veterinar [Video]

21 Aug 2026 • 5:52 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kenapa Tak Boleh Potong Misai Kucing? Ini Penjelasan Veterinar [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang mempunyai sifat comel, penyayang serta menghiburkan dan menjadi pilihan orang ramai.

Namun ramai yang memelihara si comel ini tetapi tidak mengetahui apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan contohnya misai kucing tidak boleh dipotong sesuka hati, kuku tidak boleh dibiarkan panjang, telinga harus sentiasa bersih dan sebagainya.

Doktor kongsi kenapa tak boleh potong misai kucing

Baru-baru ini seorang doktor veterinar, Dr Zura telah berkongsi sebab mengapa kita tidak boleh memotong misai kucing.

Menurut Dr Zura misai kucing bukanlah bulu biasa seperti yang ada pada badan mereka, malah ia berfungsi seperti alat deria yang sensitif tertanam di dalam kulit serta bersambung dengan sistem saraf.

Apa berlaku jika potong misai kucing?

Jelas Dr Zura apabila misai kucing dipotong ia akan memberikan kesan kepada mereka, sebagai contoh:

  • Si comel tidak boleh mengagak ruang atau jarak contohnya kucing mahu masuk ke tempat yang sempit, sukar untuknya mengukur sama ada lepas atau tidak
  • Sering terlanggar barang
  • Sering lompat dengan cara salah kerana tidak boleh mengukur jarak

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Langsung Tak Halau” – Ramai Puji Restoran Mamak Santuni Kucing Terbiar, Beri Makan Ikan Siap Lapik Dengan Kertas [Video]

Tak dapat nak berjalan dengan stabil selain hilang keyakinan diri

Selain itu, keseimbangan si comel ini juga akan terganggu seperti mudah terjatuh apabila memanjat selain menyukarkannya untuk berjalan dengan stabil.

“Nombor tiga, kucing kalau kita dah potong misai dia ni dia akan mengalami masalah rasa macam tertekan atau pun gelisah.

“Apa simptom yang kita nampak pada kucing kita? Dia macam hilang keyakinan, suka menyendiri, menyorok dan tidak suka bergaul,” jelasnya.

Menyukarkan si comel untuk memburu

Kami yakin semua tahu yang kucing mempunyai sifat semulajadi suka memburu, jadi tindakan memotong misai akan menyukarkan mereka melakukan aktiviti terbabit.

Ini kerana, perbuatan itu boleh menumpulkan deria mereka. Namun sekiranya misai kucing tercabut atau gugur dengan sendirinya itu adalah tidak mengapa kerana ia akan tumbuh semula dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

@zuradiamond

ILMU HARI INI: JANGAN POTONG MISAI KUCING!!! …..lihat vtt sampai habis #drzuradiamond #ilmuhariini #vet #cat #edukasitiktok

♬ original sound – Zura Diamond – Zura Diamond
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved