'Kenapa tak boleh sentuh isu Najib?' - Fadhli persoal amaran Anwar

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kenapa tak boleh sentuh isu Najib?' - Fadhli persoal amaran Anwar
Hantaran Facebook Ahmad Fadhli pada Isnin.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak dijadikan platform bagi membawa agenda pembebasan mana-mana banduan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, ia memandangkan Pakatan Harapan (PH) sendiri pernah menjadikan pembebasan Anwar sebagai agenda kempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PMX berkali-kali menyatakan bahawa PRN Johor tidak boleh dijadikan modal untuk kempen pilihan raya negeri Johor. Walhal semua orang tahu PRN ini hanya untuk negeri Johor dan ia tidak mengubah kerajaan pusat. Apa yang merunsingkan sangat ini Datuk Seri?.

"Dulu tahun 2018, Pakatan Harapan sendiri jadikan pembebasan Datuk Seri sebagai agenda kempen PRU2018, siap dimasukkan dalam Deklarasi Mahathir lagi," katanya dalam hantaran Facebook pada Isnin.

Dalam hantaran sama, Ahmad Fadhli turut memuat naik tangkap layar laporan berita dakwaan Anwar bahawa PRN Johor diadakan awal untuk membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hantaran beliau turut disertakan tangkap layar artikel berita peringatan Anwar supaya pembebasan banduan tidak dijadikan modal kempen pilihan raya dan PH akan menggunakan platform Deklarasi Mahathir untuk membawa agenda bebaskan Anwar.

Sebelum ini, Anwar ketika berucap pada program Jelajah Johor Ke Depan di Tangkak, Johor pada malam Ahad mendakwa PRN Johor diadakan awal semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan Najib.

Menurut beliau PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved