Kenapa Tidur Mengiring Baik Untuk Badan? Jom Ketahui Kebaikannya [Video]

Health & Fitness
15 May 2026 • 4:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Kenapa Tidur Mengiring Baik Untuk Badan? Jom Ketahui Kebaikannya [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidur merupakan perkara yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Ha! Anda mungkin fikir tidur ini sekadar merehatkan diri selepas seharian penat melakukan aktiviti seperti bekerja dan sebagainya kan?

Sebenarnya fungsi tidur bukan hanya untuk memberikan anda berehat atau cas semula tenaga yang telah dikeluarkan tetapi ia juga membantu sistem tubuh badan berehat.

Apabila bercakap mengenai topik tidur, setiap individu pastinya mempunyai posisi tidur yang disukai. Contohnya ada yang suka tidur dalam keadaan mengiring kerana lebih selesa dan sebagainya.

Tidur mengiring lebih baik dari tidur meniarap

Baru-baru ini seorang pengamal perubatan yang juga Ketua Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Mustafa Al-Qudri telah menjelaskan mengenai kebaikan tidur secara mengiring dan kesan yang berlaku jika tidur meniarap.

Menerusi video di TikTok, Dr Syid mengatakan terdapat sistem khas dalam otak manusia yang dipanggil ‘Glymphatic System’. Sistem ini bertugas dalam badan manusia untuk membuang sisa toksik atau sisa yang tidak berguna dan terkumpul sepanjang waktu berjaga (daripada otak).

“Contohnya seperti ‘beta amyloid.’ Tapi ramai tak tahu posisi tidur ni sebenarnya memberi kesan kepada proses tu. Ada satu kajian yang uji posisi tidur kita yang berbeza dan kesan bagaimana proses ia mencuci otak.

“Mereka gunakan MRI dan ‘molecular tracer’ untuk melihat macam mana sisa-sisa toksik bergerak dan dikeluarkan daripada otak,” katanya.

121% lebih efisien untuk buang toksin dari otak berbanding tidur meniarap

Menurutnya lagi apa yang menarik hasil daripada kajian itu dilakukan adalah otak manusia akan membuang toksin 121% lebih efisien apabila seseorang tidur dalam posisi mengiring berbanding tidur meniarap.

Katanya apabila seseorang tidur meniarap ia boleh menyebabkan sisa toksik tinggal di dalam otak sehingga dua kali lebih lama.

Macam mana tidur mengiring bantu proses buang toksik dalam otak?

Jelas Dr Syid apabila seseorang tidur mengiring, aliran ‘cerebrospinal fluid’ (CSF) iaitu cecair yang membantu bersihkan otak akan bergerak lebih lancar seperti masuk dan keluar dari otak.

“Maksudnya proses cuci sisa itu jadi lebih efektif. Tapi apabila kita tidur meniarap itu sebahagian cecair itu lebih cenderung mengalir ke dalam saraf tunjang masih kekal dalam sistem saraf kita.

“Maksudnya dia bukan beredar dengan baik keluar daripada otak. Jadi proses pembersihan tak berlaku dengan optima.”

Apabila sisa toksik tidak dibersihkan dengan baik ia akan menyebabkan:

  • Memori semakin lemah
  • Sukar fokus
  • Otak cepat penat
@drsyidayob

You all tidur meniarap, mengiring atau menelentang? Cuba komen. Siapa sangka… posisi tidur pun boleh beri kesan pada cara otak “membersihkan” dirinya sendiri Sewaktu kita tidur, otak sebenarnya sedang membuang sisa toksik yang terkumpul sepanjang hari. Tapi kajian mendapati proses ini akan jadi lebih efektif bila kita tidur secara mengiring berbanding meniarap atau menelentang. Sebab itu ada orang bangun pagi rasa lebih fresh, lebih fokus… dan ada juga yang masih rasa lemau walaupun tidur lama. Kadang-kadang bukan sebab tidur tak cukup. Tapi mungkin kualiti “rehat otak” tu sendiri terganggu. Sedikit tips untuk kekal tidur mengiring, cuba: peluk bantal atau bolster letak bantal di belakang badan letak bantal kecil antara lutut supaya badan lebih stabil Simple, tapi boleh bantu badan lebih selesa untuk tidur mengiring Dan untuk bantu sokong fokus, tenaga mental dan fungsi otak setiap hari, boleh amalkan Mindtropic sekali #mindtropic #brain #tipssihat #drsyid #eskayvie

♬ original sound – Dr Syid Ayob | Tips Kesihatan – Dr Syid Ayob | Tips Kesihatan

Manfaat tidur mengiring sebelah kiri

Menurut Public Health Malaysia (PHM) posisi tidur mengiring seperti ke arah kiri turut mempunyai manfaat pada kesihatan seperti:

  • Bantu penghadaman dengan lebih baik. Ia memudahkan aliran makanan dan asid perut, membantu mengelakkan masalah refluks asid dan pedih ulu hati.
  • Bantu melancarkan aliran darah ke jantung. Ia mengurangkan tekanan vena cava inferior, saluran darah besar yang bawa darah ke jantung.
  • Untuk wanita hamil pula tidur mengiring adalah digalakkan kerana ia memudahkan aliran darah ke plasenta, yang secara tidak langsung membantu berikan lebih oksigen serta nutrisi kepada bayi.
  • Manakala untuk individu yang tidur berdengkur, posisi ini membantu dalam menjaga saluran udara agar terbuka.

Tidur mengiring ke kanan adalah sunnah Rasulullah SAW

Selain itu tidur mengiring ke kanan pula adalah sunnah Nabi Muhammad SAW.

“Berbaringlah di atas rusuk kananmu” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

Pakar Motivasi, Dr Tengku Ismadi sebelum ini pernah berkongsi yang tidur mengiring sebelah kanan akan membuatkan:

  • Jantung Lebih Rehat: Jantung kita berada di sebelah kiri dada. Bila tidur mengiring ke kanan, jantung berada di posisi “atas”. Ini bermakna jantung tak terhimpit oleh organ lain & tak perlu bekerja keras melawan graviti untuk pam darah.
  • Tekanan Darah Stabil: Posisi ini membantu menurunkan kadar degupan jantung dan tekanan darah semasa tidur.
  • Tidur Tak Terlalu “Mati”: Tidur belah kanan buat kita nyenyak tapi “senang terjaga” bila perlu. Sesuai sangat untuk siapa yang niat nak bangun Tahajjud.
  • Pencegahan Batu Karang: Kajian menunjukkan ia melancarkan proses penyahtinjaan (detox) badan.
View Original Article