“Kenapa Tun M Dilepas, Kes Tun Daim Diteruskan?”- Ketua Penerangan PAS Mual Dengan Alasan PMX

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 2:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan keputusan yang dibuat kerajaan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Pulau Batu Puteh.

Berdasarkan laporan terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi alasan usia Tun Mahathir yang sudah lanjut sebagai faktor tidak mengambil tindakan undang-undang.

image is not available

Menurut Sinar Harian, Ahmad Fadhli membandingkan dengan kes Allahyarham Tun Daim Zainuddin di mana asetnya dikenakan tindakan walaupun beliau sudah meninggal dunia.

Ahmad Fadhli memohon Perdana Menteri mengaku bahawa kerajaan sebenarnya tiada bukti kukuh untuk mendakwa Tun Mahathir.

Tun M tidak sama seperti sesetengah individu yang cuba melengahkan kes mahkamah, memohon imuniti dan sebagainya. Bahkan, jika kerajaan bertindak mendakwa Tun M, barangkali ‘orang tua’ itu tanpa sebarang rasa takut akan melangkah ke kandang tertuduh untuk mempertahankan dirinya.

image is not available

 

Tidak masuk akal, rasa muak dengan PMX

Jelasnya lagi, Tun Mahathir bukanlah seperti segelintir individu yang akan melengahkan kes mahkamah. Jika didakwa, Tun Mahathir berkemungkinan akan melangkah ke mahkamah tanpa rasa takut untuk mempertahankan dirinya.

Bukanlah saya mahu pertahankan Tun M sangat, tetapi saya rasa mual dengan alasan Perdana Menteri ini. Turun sahajalah, selesai satu masalah besar negara.

image is not available

Ahmad Fadhli juga menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim untuk tidak mendakwa Tun M sebagai sebagai tidak masuk akal dan mencetuskan rasa muak.

Terdahulu, Anwar Ibrahim berkata Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun M atas faktor usianya yang sudah lanjut.

image is not available 2025-07-19 16:31:59

“Hang Jaga Negara 24 Tahun Dah, Duduk Diam-Diam.. Kalau Ada RM1 Bilion, Bagi Baliklah” - Kata-Kata PMX Untuk Tun M