Kenapa Wanita Alami ‘Mood Swing’ Ketika Waktu Subur? Ini Penjelasan Doktor

Health & Fitness
6 Jan 2026 • 3:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Haid merupakan salah satu proses yang normal berlaku kepada wanita pada usia seawal 9 hingga 50 tahun dan ke atas.

Malah kebanyakan wanita mengalami kitaran haid ini pada setiap bulan dan ia merupakan perkara yang normal.

Namun selepas haid, wanita pastinya akan melalui waktu subur atau ovulasi sebelum datang bulan sekali lagi untuk kitaran yang seterusnya.

Akan tetapi mungkin ada segelintir yang menyedari mereka mengalami mood yang tidak menentu ketika waktu subur seperti mudah marah dan sebagainya.

image is not available
Foto: Pexels

Kenapa berlaku perubahan emosi ketika ovulasi

Baru-baru ini Pengasas Efferty, Dr Raihana Ismail telah menjelaskan mengapa seorang wanita mengalami ‘mood swing’ ketika waktu subur atau ovulation.

Menurut Dr Raihana, ketika seorang wanita sedang subur badan sedang berdepan dengan hormon yang tidak menentu.

“Estrogen naik tinggi untuk buat persediaan telur keluar, lepas tu progesterone mula naik sikit. Apabila hormon naik mendadak, otak kita akan rasa overload (berlebihan).

“Estrogen ni lah hormon yang buat kita rasa yakin, suka bercakap, dan penyayang. Tapi apabila terlalu berlebihan, dia boleh cepat berubah dan wanita menjadi sensitif luar biasa,” katanya dalam bebenang di Threads.

Perkara itu menyebabkan seorang wanita yang sedang subur itu adakalanya mudah terasa, marah atau menjadikan perkara kecil sebagai satu isu besar.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Period Lambat & Ujian Kehamilan Negatif Petanda PCOS? Ini Penjelasan Doktor

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Memang Dah Tua, Terus Kenapa?”: Memahami Fasa Menopaus [Pendapat]

image is not available
Foto: Pexels

Hormon ovulasi buat deria lebih tajam

Bahkan ia juga adalah sebab wanita cepat marah, sentap meskipun sebelum ini perkara itu adalah biasa.

“Tambah pula, hormon ovulasi ni juga buat deria jadi lebih tajam. Bunyi kuat sikit je rasa annoying, ayat orang biasa-biasa pun boleh rasa macam attack kita (wanita).

“Jadi apabila pasangan atau kawan ada perangai sikit, otak terus menganggap ia sebagai threat, sebab nervous system tengah ‘overdrive’.

“Sejak remaja lagi kita akan rasa macam ni sebab pattern hormon perempuan memang mula awal. Ada orang mood swing masa PMS (Premenstrual Syndrome), ada orang mood swing kuat masa ovulasi, waktu dia lain.”

Selain itu, ovulasi juga secara biologinya adalah untuk melindung dan selektif. Dari segi evolusi, badan kita mahu memastikan alam sekitar selamat.

“Jadi secara tak sedar, kita jadi kurang toleransi, mudah rasa ‘tak sedap’ serta cepat muak.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Normal Ke Darah Haid Keluar Sedikit Selepas Hari Ke-3? Ini Penjelasan Doktor

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Puji Sekolah Rendah Anjur Program Pendedahan Tentang Haid Buat Pelajar Perempuan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Normal Ke Darah Haid Keluar Sedikit Selepas Hari Ke-3? Ini Penjelasan Doktor

View on Threads
View Original Article