Kencing Dalam Beg LV Kekasih Sebab Bergaduh, Mahkamah Perintah Lelaki Bayar RM5,100

17 Aug 2022 • 6:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kencing Dalam Beg LV Kekasih Sebab Bergaduh, Mahkamah Perintah Lelaki Bayar RM5,100

SEOUL – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda selepas membuang air kecil dalam beg mewah berjenama Louis Vuitton berharga 1.5 juta Won(RM 5,100) milik teman wanitanya semasa bertengkar.

Hakim Park Hye-rim telah menjatuhkan hukuman denda 1.5 juta won (RM 5,100) kepada pelaku atas kesalahan merosakkan harta benda.

Semasa kejadian, pasangan tersebut bertengkar mengenai isu hutang dan pelaku dipercayai telah mengambil beg berjenama mewah dari bilik pasangannya dan melakukan jenayah tersebut di ruang tamu.

Pelaku menafikan perkara tersebut dan menyatakan dia hanya berpura-pura sahaja.

Namun dengan siasatan oleh Institut Penyelidikan Forensik Kebangsaan telah mendapati bahawa air kencing serta DNA hasil swab yang dikumpul daripada beg tersebut merupakan milik pelaku.

Berdasarkan keputusan pemeriksaan forensik, pelaku didapati bersalah namun ingin membuat rayuan terhadap mahkamah.

Hukuman telah dijatuhkan berdasar Perkara 366 Akta Jenayah yang menetapkan bahawa ‘Seseorang yang memusnahkan atau menyembunyikan harta benda, dokumen, atau rekod elektronik orang lain dan sebagainya.