Kencing manis: Ibu hamil kena lebih hati-hati elak air ketuban berlebihan

Family & Parenting
5 Sep 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

WANITA yang mana tidak gembira apabila usia kandungan memasuki trimester ketiga. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja bayi bakal dilahirkan.

Bagaimanapun, sebaik memasuki fasa berkenaan, ia merupakan satu cabaran baharu buat si ibu.

Banyak perkara yang perlu dijaga kerana dalam tempoh itu, boleh terjadinya polihidramnios (air ketuban wujud secara berlebihan).

Menurut Cleveland Clinic, keadaan tersebut boleh berlaku sebaik sahaja usia kandungan mencecah trimester kedua atau 16 minggu.

image is not available

Laman perubatan itu menambah, kebanyakan polihidramnios yang berlaku itu adalah ringan dan tidak mendatangkan sebarang komplikasi.

Pun begitu, SinarPlus merujuk perkongsian Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal menerusi laman sosial Instagram miliknya mengenai kelebihan cecair amnion itu.

Dr Sharmina Kamal menerangkan bahawa isipadu air ketuban berubah mengikut usia kandungan dan paling banyak adalah di antara minggu ke-32 hingga ke-33 kehamilan.

image is not available

Jelas beliau, ia berlaku berpunca apabila si ibu mempunyai masalah kencing manis yang tidak terkawal.

“Permasalahan itu membawa kepada keadaan anak yang kerap kencing sehingga meningkatkan paras cecair berkenaan,” katanya.

Ia juga boleh terjadi sekiranya bayi mengalami kesukaran untuk menelan.

image is not available

“Kebiasaan, perkara itu mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya melibatkan masalah saraf, rahang, tumbesaran atau salur pemakanan tersumbat,” jelasnya.

Dalam perkongsian berkenaan, Dr Sharmina Kamal turut memberitahu komplikasi yang boleh terjadi kepada ibu dan anak di dalam kandungan. Berikut inti pati yang dinyatakan:

i. Kepala bayi tidak bergerak ke bawah menghala ke dinding rahim.
ii. Si ibu boleh mengalami kesukaran untuk bernafas.
iii. Ibu berkemungkinan untuk bersalin awal.

image is not available

Bagaimanapun, menurut Mayo Clinic, polihidramnios jarang berlaku dan kajian mendapati, sekitar 1 hingga 2 peratus kehamilan sahaja yang berhadapan dengan situasi berkenaan.

Walaupun demikian, si ibu perlu kekal sihat dan jaga pemakanan supaya kencing manis terkawal agar bayi di dalam kandungan membesar dengan baik tanpa sebarang komplikasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article