'Kencing sampai ke muka...' - Akhyar Rashid kongsi momen manis bergelar bapa, mahu Luay jadi lebih hebat, banyak bincang dengan Eyka Farhana

FootballFamily & Parenting
29 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Kencing sampai ke muka...' - Akhyar Rashid kongsi momen manis bergelar bapa, mahu Luay jadi lebih hebat, banyak bincang dengan Eyka Farhana

PEMAIN bola sepak Negeri Sembilan FC, Akhyar Rashid menjadi berkongsi pengalaman manisnya bergelar bapa kepada cahaya mata sulung, Muhammad Luay Khayr.

Dalam satu temu ramah, suami kepada pelakon Eyka Farhana  itu sempat berkongsi rutin menguruskan si kecil termasuk menukar lampin.

"Banyak kali dah kena baju.  Kencing tak tahulah sampai ke sini dah (dada). Sometimes dia kencing sampai ke muka dia," ujar Akhyar sambil ketawa.

Image from: 'Kencing sampai ke muka...' - Akhyar Rashid kongsi momen manis bergelar bapa, mahu Luay jadi lebih hebat, banyak bincang dengan Eyka Farhana

Pemain Negeri Sembilan FC itu mengakui keadaan sudah berubah dan dia sebagai bapa mahu Muhammad Luay membesar dengan sempurna. Akhyar juga mengakui sering berbincang dengan Eyka tentang topik keibubapaan.

"Komunikasi dengan isteri untuk membesarkan anak-anak ini adalah penting. 

"Dahulu kita bercinta, apabila sudah jadi ibu bapa ni keadaannya lain lain. 

"Macam dunia baru. Kita kena ada komunikasi yang bagus dan bertolak ansur, sebab kita pun pernah jadi seorang anak, kan?" kongsinya.

Pemain berbakat dari Kedah itu mengakui mahu Muhammad Luay membesar mencapai lebih berbanding dirinya.

"Saya from Kedah, budak kampung. Sekarang saya bermain untuk Negeri Sembilan FC dipinjamkan oleh Terengganu FC dan juga pasukan Malaysia.

"Saya start dari budak kampung yang baru nak main bola dan bercita-cita tinggi.

"Saya nak dia (Muhammad Luay) tahu perjalanan saya juga. Saya nak dia lebih daripada saya," kongsinya.

Image from: 'Kencing sampai ke muka...' - Akhyar Rashid kongsi momen manis bergelar bapa, mahu Luay jadi lebih hebat, banyak bincang dengan Eyka Farhana

Dunia baharu sebagai bapa mengubah pemikiran pemain sayap kebangsaan itu.

"Pencapaian saya menang dalam game. Sekarang pencapaian saya sudah berubah. Saya akan beri 100 peratus lah macam mana saya bagi kat padang, kan? 

"Saya nak anak bangga dengan saya bukan sebab saya main bola, tapi saya nak dia bangga sebab usaha saya untuk sentiasa ada dengan dia. Itu sahaja," tuturnya.

Akhyar dan Eyka terdahulu menyambut kelahiran Muhammad Luay pada pada 16 Mei. 

Pasangan romantis ini berkahwin pada pada 2 Mei 2025 selepas enam bulan bertunang.

Sumber: Instagram

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved