Kencing tikus: Taman Eko Rimba Sungkai Tekala ditutup sementara

LocalEnvironment
26 Aug 2024 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Notis dikeluarkan Jabatan Perhutanan Selangor.

image is not available
Taman Eko Rimba Sungai Tekala ditutup sementara bermula pada Isnin. (Gambar Google)

SHAH ALAM - Taman Eko Rimba Sungai Tekala yang merupakan pusat rekreasi popular di Semenyih ditutup sementara bermula pada Isnin.

Jabatan Perhutanan Selangor menerusi satu hantaran di laman Facebook agensi itu memaklumkan arahan itu dikeluarkan Pengarahnya, Azhar Ahmad.

Menurut hantaran itu, penutupan sementara dilakukan selepas kawasan terbabit dikesan positif wabak leptospirosis atau kencing tikus.

"Kawasan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula hari ini sehingga Jumaat (30 Ogos). Harap maklum," menurut hantaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved