Kenderaan Berat Tidak Boleh Guna Lebuhraya, Larangan Dikuatkuasa 19 Feb

LocalCars
5 Feb 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengambil langkah larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa lebuhraya terpilih untuk masuk dan keluar dari ibu negara.

LLM berkata, larangan itu akan dikuatkuasakan pada 19 Februari ini.

“Langkah itu diambil memandangkan terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi dan petang yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran aliran trafik,” katanya.

Antara lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Sungai Buloh- Bukit Lanjan, NKVE (Shah Alam – Jalan Duta), Elite (Shah Alam-Bandar Saujana Putra) dan seluruh kawasan DUKE.

Sehubungan itu, kenderaan berat Kelas 2 dan Kelas 3 tidak dibenarkan pada waktu puncak bermula 6.30 pagi hingga 9.30 pagi manakala sebelah petang bermula dari 4.30 petang dan 7.30 malam.

Rujuk infografik di bawah:

image is not available

Bagaimanapun, larangan itu dikecualikan kepada kenderaan berat yang terlibat dalam pembersihan dan pelupusan sisa domestik, perkhidmatan kecemasan, penguatkuasaan undang-undang dan penyelenggaraan di lebuh raya.