Kenderaan berkamera Apple jelajah Malaysia seawal Oktober 2023. Pesaing Google Street akan tiba ke Malaysia?

Technology
18 Oct 2023 • 11:56 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple dikesan akan mula mengumpulkan data untuk fungsi Look Around mereka di Malaysia. Look Around adalah pesaing kepada Google Street View iaitu servis yang membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling secara maya tanpa perlu berada di lokasi.

Walau bagaimanapun, laman pengumuman Look Around untuk Malaysia telahpun dituturunkan oleh Apple sewaktu artikel ini ditulis. Yang boleh kami korek adalah versi cache-nya sahaja. Tidaklah diketahui sama ada projek ini dibatalkan ataupun dilakukan secara senyap-senyap.

image is not available

Menurut Apple, sekumpulan petugas akan bergerak di sekitar negara membawa kelengkapan pengimejan untuk melakukan tinjauan dan pungutan data untuk menambah baik Apple Maps. Kalau dikutkan di luar negaram kenderaan berkamera akan menjelajah kawasan yang mempunyai akses kenderaan manakala kawasan pejalan kaki akan dijelajah oleh staf secara berjalan kaki sambil menggalas peralatan pengimejan.

Projek ini akan berjalan di seluruh negara seawal 30 Oktober 2023 ini sehingga 30 April 2024. Berikut adalah jadual projek berdasarkan maklumat cache.

image is not available

Sumber: Imej pemuka

View Original Article