Kenderaan elektrik global capai 56 juta unit, China mendahului

WorldCars
27 Jun 2025 • 9:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

STUTTGART: Jumlah kenderaan elektrik di seluruh dunia meningkat kira-kira satu pertiga tahun lepas kepada 55.8 juta unit, dengan China mencatatkan lebih 50 peratus daripada jumlah itu iaitu 31.4 juta unit, menurut kiraan sebuah institut penyelidikan tenaga Jerman.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan angka yang dikumpulkan oleh Pusat Penyelidikan Tenaga Suria dan Hidrogen Baden-Wurttemberg (ZSW) itu merangkumi kenderaan elektrik sepenuhnya, hibrid palam dan kereta elektrik dengan pelanjut jarak.

Di tempat kedua – dengan jurang besar berbanding kedudukan teratas China – ialah Amerika Syarikat dengan 6.4 juta unit, diikuti Jerman di tempat ketiga dengan 2.6 juta unit. United Kingdom dan Perancis masing-masing memiliki kira-kira 2.1 juta unit, manakala Norway melebihi satu juta unit.

Selepas beberapa tahun peningkatan kukuh, penurunan telah dicatatkan pada 2024. Jumlah keseluruhan meningkat sebanyak 13.8 juta unit, berbanding 14.2 juta unit pada 2023.