Kenderaan Komander AKPS Ditembak Ketika Menuju Ke Masjid Untuk Solat Subuh

LocalPolitics
25 Feb 2026 • 11:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kejadian mencemaskan berlaku awal pagi tadi apabila kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dari Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

image is not available

Dalam perjalanan tunai solat subuh

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menjelaskan, suspek yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah Mohd Nasaruddin, dengan satu das mengenai pintu belakang sebelah kanan dan satu lagi mengenai pintu hadapan penumpang sebelah kiri.

“Ketika kejadian, Mohd Nasaruddin dilaporkan berada di dalam kenderaan sebelum suspek menghampiri dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.
“Tembakan itu terkena di pintu belakang sebelah kanan, manakala satu lagi terkena di pintu hadapan penumpang sebelah kiri.

image is not available

Terselamat dari tragedi ke masjid solat subuh

Beliau menegaskan bahawa mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan dan suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian dan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

image is not available

Artikel lain: JPJ Sahut Tindakan Tegas SPRM! Banteras Orang Tengah Sogok Penguat Kuasa

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek dan motif di sebalik insiden tersebut, yang turut menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan warga tempatan.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

The post Kenderaan Komander AKPS Ditembak Ketika Menuju Ke Masjid Untuk Solat Subuh appeared first on Borak Daily.