Kenderaan Rosak Diserang Gajah Di JRTB Gerik-Jeli

LocalEnvironment
24 Oct 2024 • 12:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar PERHILITAN Perak

IPOH -,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan menerima laporan beberapa kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata aduan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 10 malam tadi dan lapan kakitangan PERHILITAN telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kakitangan PERHILITAN telah menghalau kesemua gajah dengan menggunakan kaedah tembak dan halau.

"Dianggarkan kira-kira 25 hingga 30 ekor gajah berada di tempat kejadian ketika itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya lima buah kenderaan rosak akibat diserang sekumpulan gajah liar dalam kejadian kira-kira 9 malam.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. - BERNAMA