Kenderaan Tesla Di Amerika Syarikat Akan Dipandu Secara Kendiri Dari Kilang Ke Rumah Pemilik

TechnologyDigitalCars
21 Apr 2025 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla telah mengacah kemampuan kenderaan-kenderaan mereka akan hadir dengan ciri swapandu Full Self Driving (FSD) untuk bertahun-tahun lamanya, dan secara teknikalnya, ciri ini sudahpun diperkenalkan pada beberapa kenderaan mereka di lokasi-lokasi tertentu di Amerika Syarikat.

Terkini, ciapan Tesla di platform media sosial X telah mengatakan bahawa kelak, kenderaan-kenderaan elektrik ini akan dipandu secara kendiri dari kilang Tesla terus ke rumah pemilik yang membelinya. Ini merupakan sebuah contoh dimana Tesla menunjukkan kemampuan teknologi FSD mereka untuk pelanggan-pelanggan Amerika Syarikat.

Elon Musk pula nampaknya mengesahkan bahawa kenderaan-kenderaan Tesla akan mula memandu sendiri ke rumah-rumah pelanggan bermula tahun ini, dan ini dilihat sebagai pengakuan juga bahawa teknologi FSD akan mula diaktifkan secara lebih meluas bermula tahun ini.

Jika teknologi FSD benar-benar akan digunakan secara lebih meluas pada tahun ini, ia bermakna bahawa pelan-pelan mereka yang lain seperti Robotaxi juga berkemungkinan akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Robotaxi oleh Tesla dijangka akan diperkenalkan di beberapa lokasi di bandar-bandar Amerika Syarikat dalam masa beberapa bulan lagi, khususnya di California dan Texas dimana ia sudahpun sedang diuji, dan telah mendapat kebenaran daripada kerajaan-kerajaan negeri tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved