Kenderaan Tidak Boleh Lalu Jalan Masjid India Sebab 2 Kes Tanah Jerlus

LocalEnvironment
28 Aug 2024 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara satu lagi kejadian jalan mendap yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam, jalan itu kini ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Untuk itu, pita kuning Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dipasang sepanjang jalan dari Masjid India hingga Maybank di Jalan Bunus.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suliezmy Affendy Sulaiman pula memberitahu pemberita bahawa perbincangan sedang dilakukan untuk memperluas penutupan jalan.

Perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian.

image is not available

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Sehingga hari ini, mangsa masih belum ditemui walaupun pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah untuk mencari mangsa.