Kenduri Kahwin Siap Ada Perkhidmatan Kereta Buggy Untuk Tetamu Buat Ramai Teruja [Video]

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 4:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Harus diakui, peredaran masa dan perkembangan teknologi sememangnya banyak mengubah kehidupan manusia pada masa kini menjadi lebih mudah.

Samalah seperti kenduri kahwin dalam masyarakat Melayu yang kini agak ketara perbezaannya dari segi pelaksanaan namun adat masih dikekalkan.

Jika dahulu, kenduri kahwin atau walimatul urus dilaksanakan secara gotong royong atau rewang.

Kini, orang ramai lebih selesa memilih perkhidmatan katering yang lengkap dengan pakej pelamin dan sebagainya.

Malah, tuan rumah juga turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti booth bergambar atau table dessert (meja khas pencuci mulut) istimewa buat tetamu yang hadir.

Tuan Rumah Sediakan Kereta Buggy Untuk Pengunjung

Terbaharu, tular pula di media sosial video beberapa tetamu menaiki kereta buggy di sebuah majlis kenduri kahwin.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @nurasmida95, dia berkongsikan keunikan itu ketika menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.

Melalui perkongsian tersebut, kelihatan beberapa jemputan yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa telah dibawa naik menaiki kereta buggy berwarna merah menuju ke lokasi kenduri berkenaan.

Malah dapat dilihat, laluan jalan menuju ke kenduri kahwin tersebut agak sempit dan hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan.

“Niat nak turunkan lemak lepas makan kenduri tapi simpan jelah niat tu. Terima kasih adik driver,” tulis pengguna berkenaan.

Difahamkan, tuan rumah menyewa dan menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut bagi memudahkan tetamu yang hadir.

@nurasmida95

Niat nak turun kan lemak lepas makan kenduri tapii halahh simpan jelah niat tu 😅.. terima kasih adik driver 😂 #kendurikahwin #buggy

♬ ini macam pun boleh kerja ka dol – mohdsholihin007

Perkhidmatan Kereta Buggy Buat Ramai Teruja

Video yang telah mendapat lebih 430,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Majoriti daripada mereka teruja melihat adanya perkhidmatan kereta tersebut yang diakui memudahkan jemputan terutama buat mereka yang meletakkan kereta jauh dari tempat kenduri.

Malah, ada yang memuji inisiatif tuan rumah yang menyediakan perkhidmatan buggy tersebut bagi memudahkan tetamu yang hadir apatah lagi laluan ke kenduri kahwin berkenaan dilihat agak sempit dan sukar dilalui oleh kereta biasa.

Tidak hanya itu, ada yang turut menyuarakan hasrat mahu menyewa buggy berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Bagus Ni, Tuan Rumah Tak Nak Susahkan Tetamu. Jalan Kecil. Takut Bertembung, Kereta Risiko Bergesel”

image is not available

“Sepupu Hari Tu Memang Dah Ready Kereta Buggy 2 Buah Untuk Hantar Orang Sampai Kereta”

image is not available

“Pernah Juga Dapat Naik Kereta Buggy Pergi Kenduri Dekat Banting, Sebab Rumah Pengantin Jauh Masuk Dalam”

image is not available

“Betul-Betul Memudahkan”

image is not available

Source: