“Kentang Spring RM10, Buko RM18” – Tak Guna Bahan Premium, Viral Harga Makanan Food Fest ‘Cekik Darah’

15 Jul 2024 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman TikTok seorang influencer dikenali ramai meluahkan rasa tidak puas hati selepas harga yang diletak oleh penjual di festival makanan terlalu mahal.

image is not available

Menurut influencer yang dikenali sebagai Shaf itu, dia berasa terkejut selepas membeli manisan buko yang berharga RM18, kentang spring berharga RM10, manakala air bersaiz sederhana berharga RM10/cawan.

image is not available

Jika makanan tersebut menggunakan bahan premium, mungkin masuk akal tetapi jika dilihat dalam video yang dimuat naik oleh Shaf, semua makanan yang dibeli tidak setanding dengan harga penjual letak.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan influencer itu tetapi di sudut lain, ada juga yang berpendapat penjual menjual makanan dengan harga sedemikian kerana kadar sewaan tapak yang agak tinggi.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, video luahan tidak puas hati itu telah pun dipadam oleh Shaf selepas ia meraih perhatian ramai dan dia tidak mahu perniagaan rakan-rakannya turut terbabit dengan isu ini.

image is not available 4 months ago

(VIDEO) Tular Banyak Lebihan Minuman Dibuang Peniaga Bazar, Rupanya Ini 3 Sebab Kenapa Ia Tak Boleh Disedekahkan