Kenyal dan berlemak. Wanita ini kongsi cara buat lepat ubi leleh bungkus macam kuih koci

Cooking
27 Nov 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

LAZIMNYA juadah tradisional seperti lepat ubi kayu sering dijadikan hidangan pelengkap untuk sarapan atau minum petang.

Rasanya yang kenyal dan berlemak membuatkan ramai yang menggemarinya.

Bagi memberi kelainan kepada menu kesukaan orang lama tersebut, seorang pengguna Facebook, Rozita Daud menghasilkan lepat ubi leleh.

Beliau menggunakan acuan kuih lompang dan membungkus juadah itu seakan kuih koci.

image is not available

“Lepat ubi yang saya hasilkan disaluti oleh santan leleh yang berlemak seakan kuih boko ubi kayu.

“Aroma daripada daun pisang pula membangkitkan lagi rasanya,” ujarnya wanita itu ketika dihubungi SinarPlus.

image is not available

Beliau yang gemar berkongsi resipi masakan berkata, adunan ubi kayu yang telah dicampur santan, tepung ubi, gula dan air hendaklah disediakan dalam keadaan basah dan berair.

Langkah tersebut bagi memastikan kuih itu tidak keras.

 

 

Setelah kuih disejukkan, bolehlah ia dimasukkan ke dalam adunan santan leleh dan dibungkus dalam daun pisang.

Kata ibu kepada empat orang cahaya mata tersebut, bagi mereka yang pertama kali mahu membuat kuih tersebut, beliau cadangkan agar cuba kukus sebiji adunan lepat dahulu.

image is not available image is not available

“Sekiranya hasilnya lembik, boleh tambah lagi tepung.

“Tidaklah membazir jika dicuba dalam kuantiti yang sedikit dahulu,” katanya tidak lokek berkongsi ilmu.

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan kuih tersebut.

image is not available

RESIPI LEPAT UBI LELEH

Bahan-bahan
1 kilogram ubi kayu [BELI DI SINI]
200 mililiter atau 1 kotak santan [BELI DI SINI]
2 sudu tepung ubi kayu [BELI DI SINI]
1 senduk gula merah [BELI DI SINI]
1/2 senduk gula pasir [BELI DI SINI]
1 cawan air
1 cawan tepung beras [BELI DI SINI]
1 sudu kecil garam [BELI DI SINI]
5 cawan santan [BELI DI SINI]
Daun pisang [BELI DI SINI]

image is not available

Cara penyediaan:
1.Parut ubi kayu dan buang airnya. Masukkan santan dan tepung ubi kayu. Gaul rata.
2. Masak gula merah dan gula pasir bersama satu cawan air sehingga mendidih. Ketepikan.
3. Masukkan air gula yang telah disejukkan ke dalam adunan ubi kayu. Letak sedikit garam dan gaul rata.
4. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Masukkan adunan lepat ubi.
5. Kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak. Ketepikan.

image is not available6. Sediakan adunan dadih leleh dengan mencampurkan tepung beras, garam dan santan. Kacau semua bahan terlebih dahulu.
7. Masak dengan api perlahan hingga pekat.
8. Masukkan lepat ubi ke dalam adunan dadih leleh yang masih panas.
9. Bungkus dalam daun pisang yang telah dilayur dan dipotong kecil.
10. Sedia untuk dihidang.

Untuk satu adunan resipi yang dikongsikan wanita tersebut, ia mampu menghasilkan kira-kira 20 hingga 30 biji lepat ubi leleh.

Memang cukup banyak untuk makan bersama keluarga atau bagi pada jiran.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

View Original Article