Kenyalang Cafe, Restoran Sarawak Yang Anda Mesti Cuba Di Kedah

15 Nov 2023 • 1:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rasa asli Sarawak di Alor Setar, Kedah

Kenyalang Cafe, Restoran Sarawak Yang Anda Mesti Cuba Di Kedah. Bagi warga asal Sarawak yang kini menetap di utara Semenanjung, tentu kerap kali rindu akan beragam hidangan khas dari tanah kelahiran. Begitu pula dengan warga setempat yang ingin mencuba keaslian makanan Sarawak tanpa susah payah terbang ke sana.

Jika anda tinggal di kawasan Chinatown, Alor Setar, Kedah, kami ada cadangan kedai makan baru untuk anda cuba. Kenyalang Cafe yang terletak di Jalan Penjara Lama, Chinatown, Alor Setar ini menyediakan makanan Sarawak yang pasti memuaskan selera Sarawak anda.

image is not available
Kenyalang Cafe, Restoran Sarawak Yang Anda Mesti Cuba Di Kedah. Sumber foto: facebook

Didirikan oleh pasangan suami isteri

Restoran ini menyajikan berbagai sajian Sarawak paling popular dengan cita rasa asli. Kenyalang Cafe didirikan pada 2018 oleh pasangan suami dan isteri asal Sarawak. Setelah puluhan tahun merantau di Semenanjung, mereka membuka restoran ini sebagai usaha memperkenalkan kulineri Sarawak secara luas, terutama kepada warga di utara Semenanjung yang jarang mendapat kesempatan menikmati makanan khas wilayah ini.

Kenyalang Cafe juga terkenal dengan layanan pelanggannya yang mesra dan suasana yang menenangkan. Ini menjadikan ia bukan sahaja tempat makan yang hebat tetapi juga tempat yang sempurna untuk bersantai dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

image is not available
Kenyalang Cafe, Restoran Sarawak Yang Anda Mesti Cuba Di Kedah

Pelbagai makanan Sarawak di Kenyalang Cafe

Di sini, anda boleh menikmati hidangan ikonik Sarawak seperti Laksa Sarawak, Kolo Mee, UFO Tofu dan banyak lagi. Suasana dalaman Kenyalang Cafe juga sama seperti rumah tradisional Sarawak, lengkap dengan ukiran dan perhiasannya.

Pengunjung rata-rata puas hati dengan sajian Kenyalang Cafe. Rasanya tidak kalah dengan makanan Sarawak asli di sana. Restoran ini berjaya memuaskan kerinduan akan kampung halaman tanah air bagi warga Sarawak. Sementara bagi warga lokal, Kenyalang Cafe membuka mata seluas-luasnya betapa kaya dan lazatnya kulineri dari wilayah Timur Malaysia itu.

image is not available
Kenyalang Cafe, Restoran Sarawak Yang Anda Mesti Cuba Di Kedah

Jadi, jika anda sedang rindu kampung halaman atau ingin mencuba makanan Sarawak, Kenyalang Cafe adalah pilihan tepat.

6, Jalan Penjara Lama, Pekan China, 05000 Alor Setar, Kedah

12pm- 8pm (kecuali Selasa tutup)

Facebook: Kenyalang Kafe

Instagram: Kenyalang Cafe

Nombor telefon: 019-959 3988 / +60 16-525 1983

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/reaksi-tiktoker-korea-makanan-lunbawang/

https://www.iloveborneo.my/lebih-enak-dari-laksa-sarawak-doktor-dari-kl-ini-teruja-makanan-ulu-sarawak/