
Kenyataan Berhubung Keutamaan Kemenangan Politik Berbanding Ibadah Umrah, Haji – JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti secara mendalam kenyataan yang dilaporkan media bertajuk “PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji” yang mencetuskan reaksi dalam kalangan masyarakat Islam.
“Bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta menghayatinya berdasarkan panduan syarak serta tidak disalah tafsir, JAKIM sedang dalam tindakan meneliti kenyataan tersebut bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti berkaitan,” jelas JAKIM dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.
Justeru, JAKIM menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: JAKIM
The post Kenyataan Berhubung Keutamaan Kemenangan Politik Berbanding Ibadah Umrah, Haji – JAKIM appeared first on Siakap Keli.

